CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dayana Roza Nak Bina Rumah Perlindungan Wanita Hamil Luar Nikah, Ingin Beri Peluang Bayi Membesar Dengan Sempurna

10-5-2022 09:51 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1069| Komen: 1|Original author: Tatod


Pelakon yang membina nama menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia iaitu Dayana Roza meluahkan rasa bimbang dan kesedihannya terhadap peningkatan kes buang bayi hasil hubungan tidak sah yang semakin hari semakin meruncing dan sukar dibendung.

Wanita berusia 31 tahun itu menerusi IG Story berkongsi semula hantaran Iesya Toh mengenai penemuan seorang bayi lelaki yang ditemukan dalam plastik hitam di belakang sebuah rumah di sekitar Taman Puchong Indah, tiga hari lalu.


Perkara itu membuatkan pemilik nama sebenar Nur Dayana Kamsun Bahrin ini memasang impian untuk membina sebuah rumah perlindungan khas buat wanita yang hamil anak luar nikah sekali gus menjadikan pusat berkenaan sebagai tempat selamat untuk membesarkan anak-anak dengan sebaiknya.

Coretnya, hasrat itu adalah salah satu usaha untuk mencegah wanita yang terlanjur daripada melakukan kesalahan dengan membuang bayi mereka hanya kerana malu dengan pandangan serong masyarakat.


"Kat Malaysia ni, kalau hamil luar nikah, dihina dan dibuang keluarga jadi mereka buang bayi sebab takut tapi buang bayi lagi lah salah. Memang berzina salah. Hamil luar nikah salah. Tapi, zaman sekarang ini semua orang tak boleh lari dari kesilapan.

"Itu antara dia dan Allah. Kita manusia tiada hak untuk jatuh hukum. Tiada mak yang tak sayang anak. Mengandung bukan senang. Rasa sayang kat anak tu sudah ada bila dia dalam perut lagi. Tapi terpaksa buang sebab sebab takut orang hina. Jadi, salah mak atau orang-orang yang menghina? Renung-renungkan," tulisnya.


Dalam pada itu, Dayana turut menegaskan status bayi yang dilahirkan oleh wanita terlanjur hanyalah anak luar nikah dan bukannya anak haram seperti mana gelaran yang dilemparkan oleh segelintir individu.

"Takde anak yang haram. Anak-anak itu tak minta dilahirkan macam tu. Semua dah tertulis oleh-Nya atas hikmah dan sebab tertentu. Mereka berhak membesar seperti anak-anak lain. Semoga Allah makbulkan impian dan niat saya satu hari nanti," kata Dayana. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 10-5-2022 09:55 AM
Bukan dah ada ke pusat mcm ni..ko sumbangkan duit ko kat pihak pengurusan pusat tu je

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.069551 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top