CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kabus Tebal, Langit Bertukar Warna Merah Macam Darah Resahkan Penduduk Bandar Di China

9-5-2022 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2962| Komen: 18

BEIJING – Penduduk di bandar Zhoushan, China telah dikejutkan dengan pemandangan langit yang bertukar warna menjadi merah seperti darah, lapor akhbar Daily Star.


Kejadian itu berlaku pada waktu malam apabila langit bertukar warna menjadi merah jingga dengan kehadiran lapisan kabus yang tebal.

Fenomena langit merah itu boleh dilihat di seluruh bandar berkenaan selama berjam-jam pada Sabtu lalu. 


Foto: Daily Star

Memandangkan kejadian tersebut tular di platform media sosial Douyin, orang ramai bimbang ia merupakan petanda buruk yang berkaitan dengan penularan Covid-19 di wilayah itu.


“Warnanya seperti merah darah. Ia kelihatan tidak baik sama sekali,” tulis seorang netizen.

“Gempa bumi akan berlaku dalam tujuh hari. Kejadian langit merah adalah tidak normal,’’ komen netizen lain.

Sementara itu, menjawab kepada fenomena berkenaan, biro meteorologi Zhoushan menjelaskan bahawa ia bukan sesuatu berkaitan perkara ghaib.

“Semalam agak berkabus dan awan terbentuk pada altitud rendah. Ini adalah fenomena yang disebabkan oleh pembiasan cahaya," kata biro tersebut. 

Menurut rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) milik kerajaan, sebuah syarikat nelayan tempatan mengesahkan bahawa pembiasan cahaya merah itu datang dari salah satu bot nelayan mereka. – CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 9-5-2022 05:52 PM
Matahari tiruan tuu
Quote zarulnazmi 9-5-2022 06:06 PM
Wanda ceroboh ke dimensi kita
Quote kepompong 9-5-2022 06:16 PM
bukan ke dorang suka warna merah cenggitu.. menghiasi apa2 je
Quote ciksom 9-5-2022 06:17 PM
Bukan ke merah tu ada ong ke?
Quote Nham22 9-5-2022 06:22 PM
Padan muka.. Buat lg artificial sun... Padan muka.. Padan muka
Quote kucing_gebu 9-5-2022 09:23 PM
Nham22 replied at 9-5-2022 06:22 PM
Padan muka.. Buat lg artificial sun... Padan muka.. Padan muka

Aku pun nk join
Padan muka
Padan muka
Padan muka
Quote angelofish 9-5-2022 09:40 PM
beijing tu kan dekat dengan gurun gobi.. apa yang pelik nya langit warna merah..
Quote matbad 10-5-2022 02:21 AM
Baru sikit. Yg dok buat bukan2 kat org Islam Uighur tu apa ce
Quote airfilterkotor 10-5-2022 05:51 AM
Nham22 replied at 9-5-2022 06:22 PM
Padan muka.. Buat lg artificial sun... Padan muka.. Padan muka

'Artificial sun' yg paper selalu sebut tu selalu aje mengelirukan pembaca luar sana.
Mende alah tu 'Tokamak' nuke fusion utk jana elektrik. Suhu dlm torus tu panas mengalahkan matahari. Itu saja.
Quote kakikuDibibirmu 10-5-2022 07:08 AM
matbad replied at 10-5-2022 02:21 AM
Baru sikit. Yg dok buat bukan2 kat org Islam Uighur tu apa ce

Kata-kata awal orang yang membela nasib orang Islam Rohingya dolu-dolu
Quote yusryimran 10-5-2022 07:36 AM
zarulnazmi replied at 9-5-2022 06:06 PM
Wanda ceroboh ke dimensi kita

iols pun terfikir benda yang sama
Quote venom1 10-5-2022 07:36 AM
imagine kalau UFO datang macamana haru biru penduduk dunia
Quote matbad 10-5-2022 08:48 AM
kakikuDibibirmu replied at 10-5-2022 07:08 AM
Kata-kata awal orang yang membela nasib orang Islam Rohingya dolu-dolu

Akhirnya jd la burma yg dpt ic haha
Quote shi_jewel 10-5-2022 09:30 AM
eh..tau takut plak puak ni
Quote Nham22 10-5-2022 10:29 AM
airfilterkotor replied at 10-5-2022 05:51 AM
'Artificial sun' yg paper selalu sebut tu selalu aje mengelirukan pembaca luar sana.
Mende alah tu ...

Iyeala.. Name glamour die artificial sun... Nuklear tu...radiation jangan ckpla... Mengarut2x ja china ni... Ape yg nak sgt panas berganda2x xtau.. Bila dh merah langit menggelupur..
Quote kakikuDibibirmu 10-5-2022 12:03 PM
Bom nuklear dah meletup lettewww
Quote syaz_lina 10-5-2022 12:16 PM
ribut pasir kot, and apa nak pelik, mmg selalu kelabu asap beijing tu punya skyline
Quote Simunggu 11-5-2022 09:02 AM
kucing_gebu replied at 9-5-2022 09:23 PM
Aku pun nk join
Padan muka
Padan muka

ya padan muka..tak habis habis makan kelawar

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.043793 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top