Amira Othman sentiasa bersikap terbuka apabila dirinya ditanya mengenai soal jodoh ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Amira,29, berkata, dia menganggap soalan seperti itu adalah perkara normal yang sering diajukan oleh saudara-mara bagi memulakan perbualan. "Kalau dulu mungkin saya sedikit tertekan dengan pertanyaan seperti ini, tapi sekarang saya anggap ia sesuatu yang normal. "Saya percaya semua orang pasti nak tahu bilakah individu yang masih bujang akan melayari bahtera rumah tangga.
"Jadi tak perlulah nak stres sebaliknya berlapang dada untuk menjawabnya. Jawapan saya mudah saja setiap kali disoal iaitu mohon doakan agar dipertemukan jodoh yang terbaik,"katanya.
|
ADVERTISEMENT