CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Orang Melayu Makin Hilang Adab,"-Orang Tua Dimaki Sebab Tertumpah Sisa Makanan Pada Baju Pelanggan

9-5-2022 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4383| Komen: 39

“Orang Melayu makin hilang adab.”

Itulah antara luahan pengguna TikTok, Eriana yang kesal dengan tindakan seorang lelaki Melayu apabila sanggup memaki seorang pekerja pembersihan di medan selera sebuah pusat beli-belah.


Menurut Eriana, kejadian tersebut berlaku disebabkan pekerja berkenaan yang juga seorang pak cik secara tidak sengaja terlanggar pelanggan lelaki tersebut sehingga menyebabkan sisa makanan terkena pada baju Melayunya.


Foto: Tiktok

Tambah Eriana, dia juga berasa sedih melihat situasi tersebut kerana tiada lagi rasa hormat pada orang tua dalam diri sesetengah masyarakat pada zaman ini sehingga sanggup memalukan orang lain di khalayak ramai.


“Pak cik ini orang Bangladesh, aku tak sampai hati daripada awal datang, terkesan sebab dia kena maki dengan orang Melayu.

“Aku terkesan sebab dia bawa troli kutip pinggan, lepas itu terlanggar seorang lelaki Melayu ini kira-kira berusia 40-an dan kena marah sebab baju Melayu yang dia pakai kotor kena sisa makanan tertumpah,” katanya.

Jelasnya lagi, pak cik tersebut telah meminta maaf kepada pelanggan berkenaan, namun tidak diendahkannya.

“Lepas itu, pak cik itu terus minta maaf, tapi tetap kena marah dan dia cepat-cepat kemas atas meja.

“Dia siap tinggal troli jauh lepas kejadian itu dan angkut pinggan ke troli, risau terlanggar orang lain lagi,” kongsinya.

Bagaimanapun, Eriana memaklumkan dia tidak sempat merakam situasi tersebut dan hanya berkongsi semula kejadian yang berlaku sebagai peringatan bersama untuk lebih menghormati orang lain tanpa kira umur dan bangsa. – CARI

Sumber: Kosmo Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 9-5-2022 12:38 PM
musim hasanah tiktok pula ke masuk buku..
Quote gekkou 9-5-2022 01:16 PM
kesedaran makan dan kemas sendiri
masih rendah di kalangan rakyat malaysia
kalau kata kedai tu ada pekerja sekalipun
tak salah kalau kemas sedikit pinggan cawan yang digunakan dan susun elok di atas meja
lap tumpahan kuah + lauk + air + nasi

tapi tak patutlah maki pekerja tersebut
Quote seri_mawr 9-5-2022 03:29 PM
gekkou replied at 9-5-2022 01:16 PM
kesedaran makan dan kemas sendiri
masih rendah di kalangan rakyat malaysia
kalau kata kedai tu ada  ...

ni aku setuju....

Quote Nenasketum 9-5-2022 04:17 PM
Kena check la uncle ni dah vaksin typhoid dsbnya dulu, kalau takde baru boleh maki berjumaah
Quote pyropura 10-5-2022 02:25 AM
Memang mellayu takde adab pun, kuat ngumpat, kuat mendengki
Quote sarahmirza 10-5-2022 07:50 AM
Nenasketum replied at 9-5-2022 04:17 PM
Kena check la uncle ni dah vaksin typhoid dsbnya dulu, kalau takde baru boleh maki berjumaah

Kebanyakan restoren tau typhoid ni wajib...
Anak i nk kerja part time kt restoran biasa2 pun boss tanya sijik vaksin typhoid ada tak? Restoren biasa2 je....

Btw pakcik ni cleaner je kan? Typhoid tu utk yg kerja sediakan makanan..
Quote kasibiman 10-5-2022 09:04 AM
One sided. Terlanggar Dan tertumpah.


Where there contributing factors to terlanggar and tertumpah?

Soalan: Adakah pakcik cleaner buat kerja elok ke buat kerja kancheong, main langgar troli, Dan baling2 utensils dia kutip?

Lepas tahu ini baru boleh determine justification for memaki the cleaner
Quote ally9970 10-5-2022 09:15 AM
1 orang buat hal, seluruh melayu kena kecam...
Quote Firenzza 10-5-2022 09:20 AM
Najibun ckp 'Kepala Bapak' mahadir tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 10-5-2022 09:28 AM
Kepala bapak kau!

[youtube]tERxqwdDM54[/youtube]
Quote zacEfron 10-5-2022 09:36 AM
mcm la selama ni beradab..
bangsa hanat kurang ajar ada la..

Quote me12345 10-5-2022 03:04 PM
Betul...makin ramai tak beradab..very rude. Outspoken tak bertempat.
Quote Skuau 10-5-2022 03:09 PM
Saiya sini masuk Malezia pon TAK BERADAP...lg secara haram....-abangla...
Quote mejaputih 10-5-2022 03:16 PM
Iols tatau adakah kutip pinggan2 ni termasuk dlm 3D yg perlu pekerja asing?
Quote jazaa100 10-5-2022 03:44 PM
ally9970 replied at 10-5-2022 09:15 AM
1 orang buat hal, seluruh melayu kena kecam...

Dia paria.....sbb tu suka kecam melayu
Quote jazaa100 10-5-2022 03:45 PM
pyropura replied at 10-5-2022 02:25 AM
Memang mellayu takde adab pun, kuat ngumpat, kuat mendengki

Mentang² lah kau peria.....
Senang je labelkn melayu mcm tu


Hari raya mkn rendang rebung ke?....
Quote imanjannah 10-5-2022 05:52 PM
gekkou replied at 9-5-2022 01:16 PM
kesedaran makan dan kemas sendiri
masih rendah di kalangan rakyat malaysia
kalau kata kedai tu ada  ...

ini sgt betul, dah makan, nk buang atau kemas sisa makann sendiri pun malas? masih berlagak macam tuan?
Quote pyropura 10-5-2022 06:00 PM
jazaa100 replied at 10-5-2022 03:45 PM
Mentang² lah kau peria.....
Senang je labelkn melayu mcm tu


Tu belum kira lagi Melayu yg.niaga makanan basi kat pasar Romdan, yg.maki hamun peniaga sebelah gerai dia. Melayu yg.maki hamun kat socmed jangan cakap lah. Body shaming tu lumrah je vuat melayu
Quote Firenzza 10-5-2022 06:04 PM
kakikuDibibirmu replied at 10-5-2022 09:28 AM
Kepala bapak kau!

Wakakakaka!....pahlawan melayu bugis mapuding marang merapu marang sekeper mmg tinggi adabnya sis

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.080530 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top