Kuala Lumpur: Polis menyelamatkan remaja lelaki yang ditinggalkan di stesen minyak berhampiran Plaza Tol Jalan Duta.
Pegawai Turus Penguatkuasa Zon Tengah A Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Nasyrul Ridzuan Abd Razak berkata, ketika ditemui pada 10 malam di lokasi itu remaja berusia 13 tahun berkenaan dalam terpinga-pinga dan ketakutan. Katanya, ketika ditemubual polis, remaja berkenaan memberitahu dia ditinggalkan oleh jiran yang menumpangkannya. "Dia dalam keadaan terkejut seperti tidak percaya ditinggalkan di tepi Plaza Tol Duta.
"Budak itu didapati mengikut jiran satu taman perumahannya dengan pada mulanya diberitahu untuk ke kedai," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini. Berdasarkan siasatan, katanya, lelaki itu bersama seorang wanita dari Setiawan Perak menghala Kuala Lumpur. "Namun sampai di stesyen minyak berhampiran Plaza Tol Jalan Duta itu, penunggang motosikal berkenaan secara tiba-tiba melarikan diri tanpa sebab meninggalkan budak itu. "Kami berjaya mengesan waris kanak-kanak itu yang berada di Taman Pelangi Setiawan, Perak. "Sementara menunggu waris datang dari Setiawan kanak-kanak itu diserahkan kepada Balai Hartamas untuk dijaga," katanya. Menurutnya, demi tanggungjawab dan amanah yang dipikul, keselamatan masyarakat sentiasa diutamakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak kira di mana berada. -CARI Sumber: Harian Metro
|
eyansss replied at 9-5-2022 12:46 PM
naik motor bertiga dari setiawan? biar betik…
eyansss replied at 9-5-2022 12:46 PM
naik motor bertiga dari setiawan? biar betik…
prettyuglybabe replied at 9-5-2022 01:25 PM
badan semangat macam tu celah mana dia duduk kalau jiran dia tu berdua dengan sorang pompuan..
janga ...
Burong_Hantuk replied at 9-5-2022 02:43 PM
budak tu duduk dalam bakut motor agaknya
annehuda replied at 9-5-2022 02:59 PM
tak terniat nak racist tp bile tgk warna kulit dan gaya fesyen tu macam ermmm patutla orang kata jum ...
Samerosie replied at 9-5-2022 03:01 PM
Iols rasa ni meleis ni kaka. Iols belajar kat manjung dulu, memang cam ni la budak2 local berkera ...
annehuda replied at 9-5-2022 03:16 PM
meols search taman pelangi setiawan kt googlemaps kat situ ada kuil besar. nuff said
Belibis replied at 9-5-2022 01:10 PM
Teman wanita pemuda satu taman dengan mangsa dari setiawan..gitu ler ikut kepahaman aku yang tak s ...
Berdasarkan siasatan, katanya, lelaki itu bersama seorang wanita dari Setiawan Perak menghala Kuala Lumpur.
Samerosie replied at 9-5-2022 01:11 PM
Kan.... dah la budak tu besar2 naik motor dr setiawan. Iols rasa cerita hasanah. Kat situ kan ad ...
eyansss replied at 9-5-2022 10:08 PM
kiranya dia ni menipu la eh... kira dia naik bas pegi ke kl... cenggitu ke? tetiba iols jadi bo ...
ADVERTISEMENT