CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ibu Tunggal Bikin Panas Buat Ucapan Untuk ‘Suami Orang Tersayang’

9-5-2022 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2074| Komen: 16

Ucapan raya seorang wanita di laman sosial mengundang kontroversi.

Menerusi posting video di TikTok, Diana Danisha, 40, seolah-olah mendedikasikan ucapan tersebut buat seorang lelaki yang sudah berkahwin.


"Selamat Hari Raya suami orang tersayang. Beraya dulu bersama isteri dan anak-anak you dulu tau. Nanti kita raya bersama, I miss you so much," tulisnya dalam video tersebut.



Senang disapa Diana, wanita itu ketika dihubungi mStar tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul dan berharap isu berkenaan reda dengan segera.

"Sebenarnya saya tak sangka (viral). Dalam TikTok ada macam-macam cerita mengenai suami orang, janda dan sebagainya. Saya saja-saja buat video kerana hal ini pernah terjadi pada saya.

"Saya merupakan ibu tunggal. Ia pernah terjadi masa saya balik raya di kampung dengan bekas suami. Masa beraya, tengok suami keluar pergi call, tapi masa tu belum kantoi. Saya saja buat throwback kisah sendiri melalui video itu.

"Video itu saya cuma cakap selamat hari raya untuk suami orang tersayang. Itu perjalanan saya, maksudnya saya teringat kisah hidup, sebab kita yang lalui sendiri dulu sampai kantoi," dakwanya.


Gambar hiasan

Menurut Diana yang sudah bercerai pada 2018, hubungannya bersama bekas suami masih baik sehingga ke hari ini demi membesarkan dua cahaya mata berusia 12 tahun dan sembilan tahun.

Tambah Diana, dia juga tidak menolak takdir sekiranya bertemu jodoh suatu hari nanti memandangkan bekas suaminya juga sudah bernikah lain menjelang Ramadan lalu.

Mengenai video tular yang menerima banyak kecaman, Diana bagaimanapun tidak berkecil hati dengan segala komen negatif yang dilemparkan netizen.

Malah katanya, dia juga tidak bercadang untuk memadam video berkenaan yang sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan.

"Saya juga ada tunjuk video viral itu pada saudara-mara. Kalau betul saya salah, mesti mereka marah. Tapi mereka semua okay dan tahu kisah sebenar.

"Ramai yang komen keluarkan kata-kata kecaman, tak apalah, yang penting Allah tahu apa saya buat. Saya tak serik untuk buat video TikTok, saya tak terfikir untuk padam video viral tu. Saya pun maafkan mereka semua, tak terasa dalam hati pun.



"Ada komen baik, ada komen buruk dan ada yang tersangat buruk. Tapi ini semua hal dunia saja. Selama ini saya dah kuat dengan ujian, kali ni tuhan nak bagi saya jadi lebih kuat," ujarnya.

Dalam pada itu, Diana yang berniaga kopi pelangsing berkata, berat badannya pernah mencecah 80 kilogram (kg) sewaktu bergelar isteri, namun kini beratnya hanya 55kg.

Jelasnya, dia mengalami perubahan itu selepas gagal dalam perkahwinan, namun menerima segala yang berlaku dengan penuh kesyukuran.

"Ini ujian hidup, Allah dah tentukan. Kita melakonkan apa yang dah tertulis. Saya tak minta jadi janda. Saya tetap baik dengan bekas suami. Kalau Allah takdir saya kahwin lagi, saya terima saja dengan sesiapa. Sekarang saya nak besarkan anak dan betulkan diri.

"Dulu berat saya 80kg masa isteri orang. Sekarang 55kg. Bila jadi janda, automatik kita akan jadi lain. Kalau rasa nak cantik macam saya, jadilah janda," ujarnya berseloroh.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 9-5-2022 10:13 AM
" Diana yang berniaga kopi pelangsing berkata "

what do u expect from this kind of peeps
Quote seri_mawr 9-5-2022 11:06 AM
Dalam pada itu, Diana yang berniaga kopi pelangsing berkata, berat badannya pernah mencecah 80 kilogram (kg) sewaktu bergelar isteri, namun kini beratnya hanya 55kg.

ko punya promosi tak agak2 Diana oii....
mmg sengaja mengundang kecaman kan.....
menuntut cara marketing dgn tok lip kelepok raya  ke...?
Quote ezacbee 9-5-2022 11:08 AM
saviour_09 replied at 9-5-2022 10:13 AM
" Diana yang berniaga kopi pelangsing berkata "

what do u expect from this kind of peeps

MO sama. Spesis bangang.
Quote annehuda 9-5-2022 11:11 AM
bukan tiktok die je ada isu, tapi komen-komen kat tiktok die tu. berjemaah pompuan-pompuan komen pasal skandal diorang laki orang.  rata-rata semua pakai tudung. cam tak segan silu nak ngaku diorg ni pompuan simpanan.  
Quote Babai 9-5-2022 11:13 AM
saviour_09 replied at 9-5-2022 10:13 AM
" Diana yang berniaga kopi pelangsing berkata "

what do u expect from this kind of peeps

Mana muka dia nak tengok. Entah-entah muka makcik nenek.
Quote prettyuglybabe 9-5-2022 11:19 AM
ni mesti masa berlaki bukan main mengata pompuan lain..
cash la tuhan bagi
Quote saviour_09 9-5-2022 11:24 AM
ezacbee replied at 9-5-2022 11:08 AM
MO sama. Spesis bangang.

bad publicity is better than no publicity  
Quote imanjannah 9-5-2022 11:25 AM
demi secebis like dan content.. dasarrrr
Quote saviour_09 9-5-2022 11:25 AM
Babai replied at 9-5-2022 11:13 AM
Mana muka dia nak tengok. Entah-entah muka makcik nenek.

dunno la sis

but i boleh agak almost the same je kalo geng2 obat langsing la krim muka la

glowing pucat macam mayat, pakai sendat padat
Quote Nnoor2 9-5-2022 11:52 AM

[youtube]gVf152tD22s[/youtube]


Khas utk yg sukakan laki orang...hayatilah liriknya
Quote annehuda 9-5-2022 12:02 PM
FB_IMG_1652068726444.jpg

FB_IMG_1652068729528.jpg


FB_IMG_1652068732086.jpg

korang yg dok show off laki baik tu hati2 skit ramai babi kt luar tu karang kene sondol


Quote shamsadis 9-5-2022 12:33 PM
Dalam pada itu, Diana yang berniaga kopi pelangsing berkata, berat badannya pernah mencecah 80 kilogram (kg) sewaktu bergelar isteri, namun kini beratnya hanya 55kg.
Quote Lily_Elizabeth_ 9-5-2022 12:38 PM
Babai replied at 9-5-2022 11:13 AM
Mana muka dia nak tengok. Entah-entah muka makcik nenek.

Ha ah.

Bukti gambau please.

He he.
Quote awanearisu 9-5-2022 12:40 PM
Edited by awanearisu at 9-5-2022 12:41 PM

"Sis.. sebelum suami sis skandal dengan orang lain..." kemudian sila sambung dengan nama produk OEM anda - ujar penceramah teknik pemasaran terpaling Mr A.
Quote bakingsoda 9-5-2022 12:46 PM
dah agak marketing lubang jamban
Quote Orix 9-5-2022 12:59 PM
tpts love tptr tu menda ? nama ke ? awat nama macam stesen bas...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.069236 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top