CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekeluarga Elak Sesak Naik Ambulans Pergi Bercuti, Siap Hidupkan Siren!

9-5-2022 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1794| Komen: 9

Sebuah ambulans sukarelawan ditahan polis dalam satu operasi lalu lintas di Bogor, Jawa Barat pada Jumaat.

Hal ini kerana, ambulans tersebut memasuki jalan sehala di Simpang Gadog, Ciawi sambil menyalakan siren.

Setelah ditahan, polis melakukan pemeriksaan jika ambulans itu membawa pesakit.


Polis memeriksa ambulans yang membawa pelancong di Bogor, Jawa Barat.

Namun, telahan mereka silap apabila kenderaan itu sebenarnya membawa sejumlah keluarga yang ingin makan angin di Puncak Bogor.

“Terdapat tiga wanita, dua kanak-kanak dan empat lelaki termasuk pemandu di dalam ambulans tersebut.

“Selain itu, polis juga mendapati ambulans itu dipenuhi dengan sejumlah kelengkapan seperti sound system, bantal, permaidani dan bekalan makanan.

“Tiada langsung keperluan atau peralatan perubatan di dalamnya,” kata jurucakap polis Bogor, Danny kepada Kompas.com.

Katanya, ambulans itu ditahan selepas memasuki laluan bertentangan dan dipandu laju ke arah Puncak Bogor.

Jelas Danny, pemandu ambulans itu pada mulanya cuba menipu polis dengan memaklumkan dia dalam perjalanan ke hospital sebelum akhirnya mengaku tiada pesakit di dalam kenderaan itu.

“Polis kemudiannya meminta pemandu membuka ruang belakang ambulans dan menemukan keluarga berkenaan.

“Mereka semua mengakui naik ambulans kerana ingin segera sampai di Puncak Bogor.

“Sehubungan itu, pemandu berkenaan akan didakwa kerana menyalahgunakan aset kecemasan,” ujar Danny.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 9-5-2022 10:14 AM
pokoknya... jgn dibakar...asap di indon..jerebu di Msia-kaki
Quote musangbodoh 10-5-2022 11:30 AM
indon news bikin suspen ajaing anjerrr
Quote afie_m 10-5-2022 11:59 AM
siap bawa sound system lagi..
Quote syaz_lina 10-5-2022 12:19 PM
hanjeng sangat perangai bapak and ibuk itu.
Quote krustykrab 10-5-2022 01:10 PM
Mesti family trisnot ni
Quote matamata 10-5-2022 01:32 PM
Kat sini pun pernah jugak... Seludup beras... Tp tak bunyikan siren la
Quote kenari2101 10-5-2022 02:20 PM
kat malaysia tak de ke?
hahahaha
ada citer bawa brang shopee je, tapi nak elak jem punya psl bawa ambulans n bunyi siren
susah betul nak husnuzon kecuali yg bawah KKM lah
Quote H0rr0rfan 10-5-2022 03:20 PM
Kawan aku cerita memang kat sana jem teruk sempena raya ni. Pemerintah diorang siap bagi additional 3 hari cuti Raya sebab ni.
Quote kakikuDibibirmu 10-5-2022 03:24 PM
waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini kabupaten kedubes muntaber, pokoknya jangan dibakar, asap di indon, jerebu di Malaysia....mbak.. pantek Friska madu jusa c minus tersenyum sinis

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.075689 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top