CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya Tuah Azizan, RichWorks Memang 'Skim Cepat Kaya' - Azizan Osman

6-5-2022 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7723| Komen: 61

"Ya, RichWorks memang 'skim cepat kaya'," demikian kata motivator dan mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman, menjawab persoalan ditimbulkan YouTuber Jebat Derhaka baru-baru ini.


Tegas Azizan, syarikat yang diasaskannya, RichWorks sebenarnya sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di negara membantu bangsa usahawan membina bisnes sampai jadi kaya. 

"Dia (Youtuber) sepatutnya ambil video billboard yang lain di sepanjang lebuh raya yang rata-rata merupakan anak didik kami. Bukan jenama syarikat saya sahaja.


Kredit foto: IG Azizan

"Jenama seperti Eskayvie, Nurraysa, Anggun Cotton, Chocodap's, Sabella, Noir, Hasnuri dan banyak lagi pun ada di sepanjang lebuh raya," katanya mengulas mengenai kontroversi video viral Jebat Derhaka.


Tambah Azizan, YouTuber itu boleh menilai sendiri kejayaan anak-anak muridnya menerusi bisnes yang dibina dari kosong sampai bergelar jutawan.

"Pergi dapatkan buku yang kita keluarkan tahun lalu. Bagi 'adik' (Jebat Derhaka) ini mungkin baru keluar gua gamaknya. Kita ada senarai 100 usahawan di Malaysia yang RichWorks bina.

"Bukti ini ada dalam buku 100 Usahawan Jutawan. Malah menteri pun 'endorse' RichWorks dalam Parlimen. Nampak sangat dia duduk dalam gua, baru keluar balik raya, baru nampak billboard itu, kesian.

"Kemudian cakap itu ini, tanpa usul periksa. Sampai ada cakap semua ini gimik semata-mata," ujarnya.



Terdahulu, Youtuber itu mempersoalkan keberkesanan RichWorks dan menganggap syarikat yang ditubuhkan Azizan bersifat skim cepat kaya.

Sementara itu, Azizan sempat berseloroh membalas balik sindiran Jebat Derhaka dengan menyatakan dirinya adalah 'Tuah'. 

"Saya Tuah, Tuah Azizan, siapa yang saya bimbing insyaAllah dia bertuah," katanya yang turut mengadakan rumah terbuka di Villa Mak Ayah, Taman Kenanga, Tengkera, Melaka pada Khamis. 


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 6-5-2022 05:02 PM
Apa shj compang yg listed dia ni, ada ker yg membeli?
Quote naina 6-5-2022 05:06 PM
Cmne dia bimbing tu? Skill apa yang dia ada tapi takda pada leader lain?
Quote kitmal 6-5-2022 05:42 PM
naina replied at 6-5-2022 05:06 PM
Cmne dia bimbing tu? Skill apa yang dia ada tapi takda pada leader lain?

skill jual air liut..orang kita ni mudah taksub..dan terpengaruh..kalau tak takkan jual produk timbang kilo boleh jadi jutawan
Quote Piramida 6-5-2022 06:49 PM
Tapi... Comp2 anak didik dia memang kelihatan berjaya pun kan.. Founder2 tu semua masing2 kaya raya bersusun duit mewah tunjuk2 satu dunia.
Quote Kitty_catz 6-5-2022 07:11 PM
pooooooooooooooodahhh
Quote setori_mori 6-5-2022 07:16 PM
Piramida: Tapi... Comp2 anak didik dia m ...



Yang nampak banyak billboard dan dkt social media founder duit bersusun tak semesti nya revenue company power
Quote minahsenget 6-5-2022 07:24 PM
awat muka dia lain
Quote ninja9 6-5-2022 07:30 PM
kitmal replied at 6-5-2022 05:42 PM
skill jual air liut..orang kita ni mudah taksub..dan terpengaruh..kalau tak takkan jual produk tim ...

yap cuma skill jual air liur. .. tiada substance atau kalau ada pun tak banyak. .. umumnya cuma jadik orang tengah atau reseller dengan sedikit sekali processing spt bungkus semula tapi tumpu usaha kepada marketing..overclaim, manipulat info, pendek kata produk tu kelihatan hebat pdahal lebih kurag sahaja dengan yang lain.... siapa jual tembirang lebih dia untung banyak .. boleh rosak industri kalau semua player nak jadik mcm ni, serta menyusahkan rakyat kerana terpaksa beli dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran hanya disebabkan oleh kehadiran reseller-reseller spt ini..

Quote Piramida 6-5-2022 07:42 PM
setori_mori replied at 6-5-2022 07:16 PM
Yang nampak banyak billboard dan dkt social media founder duit bersusun tak semesti nya revenue c ...

Mungkin laa struggle... Tp itulah yg masing2 portray punya lah  sana sini berlumba2 tunjuk kemewahan lifestyle memasing.
Quote dua_chzy 6-5-2022 07:52 PM
Piramida replied at 6-5-2022 10:49 AM
Tapi... Comp2 anak didik dia memang kelihatan berjaya pun kan.. Founder2 tu semua masing2 kaya raya  ...

Tapi belum ada yang mampu bertahan bisnes benda sama maintain kaya lebih 10 tahun kan? Tengok saja Che Ta (sorry tatau sapa lagik contoh lain) dengan bisnes perfume yang melingkup. Lifestyle pun dah banyak downgrade  sekarang.

Lain la orang bisnes, betul2 bisnes, macam Vincent Tan, tokeh Maidin segala itu.
Quote axl_bach 6-5-2022 08:52 PM
Hamjad celkalehnat punya gumok
Quote nikaido 6-5-2022 08:55 PM
wartawan pun bodo duk panggil dia ni Dr.  Sedangkan gelaran pun dah menipu, apatah lagi benda2 lain.
Quote kotakominami 6-5-2022 10:15 PM
Disebalik 100 ( katenye) fonder kaya tu ade berpuloh ribu stokis / ejen yg berhabis keringat/modal/airmata nk clear stok. Bisnes gini life die 5-10 taun pastu depa cpt2 bukak bisnes lain or beli properties....ejen/ stokis nganga.....diorang ni ibarat kerja sales tanpa kwsp..epf..and other benefit...
Quote allshares 6-5-2022 10:28 PM
Euwww. Bertuah ke ko ituuuh? Yihhhh sgt statement
Quote Mary_jane 6-5-2022 11:49 PM
Mikimos tercicir nama anak Datuk K. Dah jadi orang berguna katanya.
Quote opie5662 7-5-2022 12:11 AM
naina: Cmne dia bimbing tu? Skill apa ...


Skill stokist, ejen, dropship.. Gitu je la. Yg boleh join die ni sume founder2 nk cepat kaya. Kalau yg ade real bisness, tak sesuai pon g kelas die. Tu je sebenarnye. Founder claim sale juta2...flex sane sini, cube check ejen n dropship, barang tak abes, kambus belakang rumah mcm kaka dud ckp.

Eh.. Lame tak nampak kaka dud...
Quote matbad 7-5-2022 12:53 AM
Betambah plak pangkat beliau dato wira. Nanti2 baca plak ada tan sri, tun, YAM smua dia sapu
Quote anony-mous 7-5-2022 01:12 AM
Piramida replied at 6-5-2022 06:49 PM
Tapi... Comp2 anak didik dia memang kelihatan berjaya pun kan.. Founder2 tu semua masing2 kaya raya  ...

Ya. Yg berjaya tu mmg berjaya tp yg lingkup lg ramai
Quote anony-mous 7-5-2022 01:15 AM
dua_chzy replied at 6-5-2022 07:52 PM
Tapi belum ada yang mampu bertahan bisnes benda sama maintain kaya lebih 10 tahun kan? Tengok saja ...

Anis choc cake pon ank murid dia tp x sehebat dlu dah. Nk menten dgn dia ni mmg tiap2 thn kena follow kelas dia, sentiasa pegi circle dia then balik kelas kena share pulak dgn leader2. Jujurin, i rasa lemas penat kalau follow dia. Sbb once x aktif dlm circle dia, mmg terus hilang or x famous dah. Best lg cara berniaga tanpa ada leader stokist semua

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.061648 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top