CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Memang Ekin Banyak Keluar Modal Untuk Buat Filem Tapi Nafkah Saya Tetap Bagi" - Mawi

6-5-2022 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6831| Komen: 23

Penyanyi Mawi mengakui isterinya iaitu Ekin Rahmat dan adik ipar, Ain banyak mengeluarkan modal untuk filem yang diterbitkan syarikat miliknya iaitu Mawi World Entertainment.


Bagaimanapun, menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kesenangan yang dimiliki isterinya tidak menjadikan dia culas dalam memberi nafkah sebagai seorang suami.


Kredit foto: IG Ekin

"Memang isteri saya banyak support dari segi duit. Macam untuk filem pun dia dan Ain banyak keluarkan modal. Tapi itu dari segi perniagaan la.

"Tapi dari segi kehidupan peribadi itu tidak la... duit kita, duit dia. Duit dia, duit dia. Itu dikira nafkah la, sebagai suami memang kena bagi.


"Walaupun isteri kita ini kaya-raya ke, tapi nafkah kita tetap kena beri juga," kata Mawi kepada mStar.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Mawi mengakui dia tidak kisah digelar 'suami takut bini' kerana ia membawa maksud menghormati wanita itu sebagai isteri.

Dalam pada itu, Mawi bakal tampil dengan filem inspirasi kisah benar kehidupan pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias yang dijangka menemui penonton di platform Astro First sekitar Oktober depan bersempena sambutan Maulidurrasul.

Menurut juara Akademi Fantasia musim ketiga itu, idea menterjemahkan kisah benar pendakwah berkenaan berlaku secara kebetulan ketika Mawi bertemu Kazim di konti radio Zayan beberapa bulan lalu.


Kredit foto: IG Mawi

Kata suami kepada Ekin Rahmat itu, sepanjang pertemuan itu dia banyak bertanya kepada pendakwah berkenaan banyak hal termasuk kisah ujian hidupnya.

"Saya fikir banyak pengalaman dan kisah menarik beliau boleh dijadikan iktibar dan inspirasi. Mungkin penonton dan rakyat Malaysia boleh belajar sesuatu daripada kisah hidupnya.

"Saya fikir ujian yang saya lalui sudah cukup besar, tapi sebenarnya ujian Ustaz Kazim lagi hebat. Apabila kita rasa sudah teruk berdepan ujian hidup, sebenarnya ada lagi orang lain yang lebih hebat diuji.

"Ujian diturunkan Allah itu juga tanda Dia menyayangi kita. Allah takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan kita sendiri. Dalam kehidupan ini, tidak selalunya indah ada kala kita akan berdepan ujian, cabaran dan dugaan di luar jangkaan yang akan menguji diri," ujarnya.


Kredit foto: IG Mawi

Filem diterbitkan Mawi World Entertainment dan AH 77 itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Ustaz Kazim sendiri, Anas Tahir, Santesh, Along Cham, Zarina Anjoulie, Syanie Hisham dan ramai lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 6-5-2022 11:35 PM
Kes tahfiz kau tu camna kazim.....sila beritahu kebenaran
Quote fadz84 7-5-2022 01:25 AM
Ekin & kembarnya Ain business apa? Daripada penceritaan Mawi tu katanya kaya..
Quote doubleA 7-5-2022 01:32 AM
fadz84 replied at 7-5-2022 01:25 AM
Ekin & kembarnya Ain business apa? Daripada penceritaan Mawi tu katanya kaya..

Tula, nak kata family asal kaya raya old money pun tak la kan. Maybe la pandai bisnes. Teringat dulu femes tudung sarung ekin tu
Quote alieyrina 7-5-2022 01:46 AM
Ain tu bukan kawen dgn orka kah
Quote jasmeen 7-5-2022 02:11 AM
kazim pun boleh jadi bahan cerita
Quote TerataiMelur02 7-5-2022 06:09 AM
Sebelum kawin kan dah dapat amaran dari vvvip jangan ganggu ekin. Tapi yela dah namanya jodoh????
Quote hasniey 7-5-2022 09:49 AM
fadz84 replied at 7-5-2022 01:25 AM
Ekin & kembarnya Ain business apa? Daripada penceritaan Mawi tu katanya kaya..

Ada bisnes tudung ke baju mcmtu kan.
Lepastu manisan yg polkadot2 tu kan letak kt stesen2 minyak.tu bisnes yg kita nmpk.
Quote beatgirlX 7-5-2022 11:42 AM
Dulu² mmg ada close kan dgn super vvip?
Kalau x pun mmg dari dulu family diaorg ni otak business
Quote mojarean_X 7-5-2022 12:05 PM
Nasib baiklah Mawi kahwin ngan Ekin.
Quote BoongaKertas 7-5-2022 07:19 PM
Laa, Ekin tu mmg kaya ke rupanya.
Quote QueenIsolde 7-5-2022 08:19 PM
beatgirlX replied at 7-5-2022 11:42 AM
Dulu² mmg ada close kan dgn super vvip?
Kalau x pun mmg dari dulu family diaorg ni otak business

Sape vvvip tu chuols
Quote ketambangkang 8-5-2022 09:11 AM
sementara itu ina sohai menangis di bucu katil selepas menyental baju di ceruk toilet
Quote rosannazmia 8-5-2022 09:33 AM
BoongaKertas replied at 7-5-2022 07:19 PM
Laa, Ekin tu mmg kaya ke rupanya.

Dari keluarga senang, kembar dia kawen tak silap dato chinese mualaf.. buat biznes pandai depa ni.. ligat berbizness pastu ada support plak dari fam, masyuk mawi. Syukur senang
Quote namieamuro 8-5-2022 03:42 PM
bagus cenggini. bab wajib tak dilupekan. bkn mcm si polan tu. hrp kudrat bini meniage jela. dasar pemalas smpi anak pn ketinggalan dlm bab pendidikan.
Quote namieamuro 8-5-2022 03:44 PM
frust i mawi buat kisah dr ustaz tu. sejak kes anak die naye anak org lain. i tak boleh tgk ustaz kaki claim disihir org tak sudah.
Quote Nenolen 8-5-2022 03:53 PM
alieyrina replied at 7-5-2022 01:46 AM
Ain tu bukan kawen dgn orka kah

rasa mcm Ain kahwin cina orka business man kannnn…ker kaka silap
Quote Nenolen 8-5-2022 03:56 PM
betui ingatan kaka pasal Ain…atas kaka porum ada share
Quote awanearisu 8-5-2022 04:00 PM
Dalam ramai-ramai pendakwah, kisah UKE yang diangkat ke layar perak.
Selamat menanggung kerugian.
Quote alieyrina 8-5-2022 04:42 PM
Baru perasan..cerita pasal uke? Family uke n mawi ja lah yg nengok jawabnya

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041847 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top