CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bertumbuk Gara-Gara Harga Nasi Goreng

6-5-2022 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 918| Komen: 2

Berang dengan tindakan juruwang sebuah restoran di sini yang meninggikan suara kepada seorang pelanggan wanita dipercayai menjadi punca pergaduhan di restoran itu pada Khamis.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian kira-kira jam 1 pagi itu berlaku selepas wanita terbabit mempertikaikan harga nasi goreng yang dijual.


Gambar hiasan

"Juruwang restoran itu meninggikan suara kepada wanita terbabit yang mempertikaikan harga nasi goreng kosong dan telur berharga RM6.

"Situasi itu menyebabkan anak wanita itu berasa berang dan mengambil kotak tisu serta membaling ke arah juruwang sehingga terkena barang-barang di atas kaunter," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Menurutnya, salah seorang pekerja yang melihat perbuatan lelaki berkenaan terus menumbuknya sebelum dileraikan pekerja dan pelanggan di situ.

Ujarnya, mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Chang Hook turut menafikan polis campur tangan dalam menyelesaikan kes itu 'secara tepi', sebaliknya pihaknya mengambil tindakan mengikut prosedur dan peraturan ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

"Orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote buapakperut 7-5-2022 11:55 PM
Murah tu. Iols beli tomyam seafood rm12 ade 2 udang+sehiris sutun dan kobis2 je
Quote matbad 7-5-2022 12:17 AM
Penangan harga raya ni. Aku td makan nasik putih 2, ayam goreng 2ketul, pajeri nanas 6ketul (sorg 3ketul), nescafe ais n kopi o ais. Rm25 cukup. Standard harga raya hihi

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.030632 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top