Shila Amzah bersyukur perceraiannya berlaku ketika anaknya, Seth Uwais masih kecil.
“Saya bersyukur benda ni jadi sekarang. Kalau dia umur 4 ke 5 tahun, dia dah mula faham dan mungkin akan persoalkan kenapa orang lain ada parents. Tapi suatu hari nanti pasti dia akan tanya juga dan kita dah ada jawapannya. “Saya lega sebenarnya semua benda dah selesai dalam masa yang sama dapat beraya di rumah sendiri, bestnya susunan dia, saya tak payah nak balik kampung. Tahun ni pun saya beraya bersama keluarga di rumah saya. “Pada saya, saya bertanggungjawab untuk sediakan environment yang positif dan happy untuk anak saya sorang tu. Walaupun dia masih belum faham, saya nak dia rasa semua benda tu normal je. Kalau ada sebarang benda negatif, saya akan sorok daripada dia,” jelas Shila kepada Gempak.
Dalam masa sama, penyanyi itu menjelaskan dia berasa lega dengan perpisahan yang terjadi, tidak seperti kebanyakan wanita lain. “Ada perempuan takut untuk mengalami situasi (penceraian) macam saya, macam mana nak menghadapi perkara ni sorang-sorang tapi pada saya, saya jadi lebih kuat bila saya nampak muka anak. “Kalau saya stay, saya akan lagi sedih dan tak menjadi diri sendiri. Tapi bila kita sorang, kita dah tiada tanggungjawab dengan benda-benda lain, jaga anak je. Itulah yang beri saya kekuatan," ujarnya.
|
margo20 replied at 5-5-2022 09:43 PM
Sian takde orang komen
a5h91 replied at 6-5-2022 09:59 AM
dia ni semua nk share. tolong lh jadi classy shila.
a5h91 replied at 6-5-2022 09:59 AM
dia ni semua nk share. tolong lh jadi classy shila.
GegarVaganja replied at 6-5-2022 10:50 AM
Ce tengok Saleha, Maya Karin yang perkahwinan berakhir penceraian jugak. Senyap2 je meneruskan kehid ...
ADVERTISEMENT