CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Ambil Keterangan Keluarga Doktor Pelatih Minggu Ini

5-5-2022 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3195| Komen: 19

Polis akan mengambil keterangan ahli keluarga doktor pelatih Hospital Pulau Pinang (HPP) yang maut terjatuh dari tingkap bilik kediaman sewanya di aras 23, sebuah apartment di Jalan Dato Keramat 17 April lalu, minggu ini.


Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V. Saravanan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung punca kematian pegawai perubatan siswazah dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang berusia 25 tahun itu.

Menurutnya, polis setakat ini telah selesai merakamkan keterangan daripada doktor dan rakan serumah si mati mengenai kejadian berlaku.



“Polis akan mengambil keterangan ahli keluarga si mati pada minggu ini. Kita juga masih menunggu keputusan bedah siasat, ujian makmal dan laporan kimia berhubung kematian pegawai perubatan siswazah tersebut.

“Si mati dilaporkan maut selepas didakwa jatuh  dari tingkap bilik rumah sewanya pada 17 April lalu. Setakat ini, kematiannya diklasikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Dr. Ma’ arof  Sudin menerusi satu kenyataan mengesahkan kematian Pegawai Perubatan Siswazah  yang baru melaporkan diri di HPP pada 4 April lalu.

“Adalah dimaklumkan bahawa kes ini adalah di bawah siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah mengarahkan bedah siasat dijalankan. Bedah siasat telah dilakukan di Jabatan Forensik HPP. 

“Laporan lengkap siasatan masih menunggu beberapa keputusan ujian makmal. Laporan akhir akan dikemukakan kepada pihak PDRM  untuk membantu siasatan mereka.

“Memandangkan kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan bagi menghormati keluarga mendiang, JKNPP memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kejadian ini,” ujarnya.

Beliau menambah, pihak JKNPP dan  HPP akan memberi kerjasama penuh kepada PDRM dalam siasatan selanjutnya.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 5-5-2022 06:05 PM
Aku tgk sepital pulau pinang pun rasa mcm tak jd sakit.. serabutt.. sepital klang sepital seremban pun aku tak laluu..
Quote Nnoor2 5-5-2022 06:09 PM
Kalau dah mcm ni gaya nya mesti ada sesuatu disebalik kematian budak ni....yela mesti ada soh seh soh seh dibelakang yg sampai kes ni jd besar ni...
Quote zaianim 6-5-2022 07:09 AM
Doktor pelatih kena kuat dari segi fizikal dan mental.. harap bukan stress melampau menjadi penyebab..Pegawai Perubatan/Doktor Pakar mmg kena tegas dlm mendidik doktor pelatih sebab kerjaya doktor berkait dgn nyawa manusia
Quote dodolgemok 6-5-2022 08:51 AM
zaianim replied at 6-5-2022 07:09 AM
Doktor pelatih kena kuat dari segi fizikal dan mental.. harap bukan stress melampau menjadi penyebab ...

Tegas dgan maki caci memekik lempar barang kehulu kehilir tanpa sebab tu beza sis. Cuba masuk wad pagi2 time diorang tgah round, tgok sampah mana tengah memekik tu boleh la...
Quote mawarputih2612 6-5-2022 09:13 AM
makin byk kes mcmni sekarang
Quote mikasa 6-5-2022 09:21 AM
dodolgemok replied at 6-5-2022 08:51 AM
Tegas dgan maki caci memekik lempar barang kehulu kehilir tanpa sebab tu beza sis. Cuba masuk wad  ...

Menda basic tak tahu
Tanya soalan pasal patient tak boleh jawab

Dah ajar banyak kali masih blur.

Kerja merawat org bukan macam repair kereta atau perabot.

Hari2 menda sama diulang mau tak menyirap pengajar. Bila jadi apa2 pengajar yang kena bukan pelatih
Quote nazzse 6-5-2022 03:19 PM
Hati kena kental awal2 jadi HO. 2 tahun kot kena hadap, ni baru 2 minggu dah surrender klu betul lah disebabkan tekanan kerja. Klu sbb lain, sayang lah hai gi bunuh diri.
Btw, bangsa apa mangsa ni?
Quote Jiddin 6-5-2022 03:22 PM
Aku harap doktor senior narcissistic feeling demi God akan terkesan teruk. Dh berapa ratus jiwa doktor muda kau dah punahkan. Kini tiba giliran kau!
Quote tikusmontok 6-5-2022 03:25 PM
Pagi2 dah kena maki dgn senior dpn2 patient, dah la berhari2 on call...ko ghase??
Quote Artemesiaa 6-5-2022 03:29 PM
Ramai yang meluahkan rasa menyesal masuk bidang tu dan dah tak tertahan nak laluinya pun ramai.
Quote dua_chzy 6-5-2022 03:35 PM
mikasa replied at 6-5-2022 01:21 AM
Menda basic tak tahu
Tanya soalan pasal patient tak boleh jawab


Doktor pakar HQE 1 tempat aku dulu selalu marah HO pasal ni. India, Dr. Suguna namanya. Tapi mak aku suka sheol sebab dengan patients sheol baik sangat. Cuma dengan HO ja menyetan.
Quote Despacito 6-5-2022 04:11 PM
tikusmontok replied at 6-5-2022 03:25 PM
Pagi2 dah kena maki dgn senior dpn2 patient, dah la berhari2 on call...ko ghase??

doktor pelatih mana ada oncall skrg, dia org keje shift jer. Keje 62 jam/wk
dan ada off day.
Quote kaishi 6-5-2022 05:31 PM
Keje doktor ni bab nyawa, mana boleh memain... Aku berulang hospital keluar masuk wad ni kadg biasa dah nampak HO kene pekik, haha, kadg kene marah dgn nurse pon ade, cucuk tangan aku nak masukkan branula smpai 7 kali, ko rasa ??? Dah x boleh tu panggil la MO atau nurse.... Aku da soh stop dia panggil lak kawan2 dia....

Ade gak MO blagak sangat, aku tnye dia lekeh2, so bl doctor pakar datg round, check, ade part dia tertinggal, aku la add on, haaaa kene marah dgn doctor pakar utk MO blagak aku suke... Hahaha...
Quote Nenasketum 6-5-2022 10:17 PM
Doktor2 sepet ke yang jadik pembuli?
Quote Suchi 6-5-2022 10:30 PM
dua_chzy replied at 6-5-2022 03:35 PM
Doktor pakar HQE 1 tempat aku dulu selalu marah HO pasal ni. India, Dr. Suguna namanya. Tapi mak a ...

Selalunya doktor pakar mmg gitu, tgh round wad dgn pesakit elok je dia bercakap pastu bila ckp ngn pelatih terus memetir. Camtula sampai sudah, sian juga la tgk HO terkemut2 je memasing kena maki depan pesakit.
Biasa yg garang2 ni doktor pompuan la tau jela org pompuan bila marah2 semua org pun rasa kecut perut.
Quote sharlenetexas 6-5-2022 10:34 PM
Ramai KP Negeri, KP Daerah yang baru pencen ke? Sana pemangku. Sini pemangku.

Quote Rogue98 6-5-2022 10:42 PM
Kalau kena buli ramai2 buatlah report. Tak tahan sangat resign jer. Jangan lah bunuh diri. Kesian makbapak keluarga semua....

From FB Malar Santhi Santhersagepan

All of you yang pernah dibuli oleh this particular MO (who so called in masters program now) please go to SISPAA website and lodge official complaints. The more the "merrier". Lodge 1 complaint for each separate incident that took place, write the ward name, bed number, patient's details, who else were there, all their names, who was the specialist all the details. write all those.. Viral-ing using soc media is good for one thing, but if you guys nak proper action taken towards the MO, pls lodge SISPAA. Regardless you all dah resign or still in KKM. Immediate family members can lodge complaint too, just make sure the information is correct. Kalau ada Whatsapp screenshot, audio recordings, pictures, video recordings, just include in the SISPAA report.
Quote sayawifenikmie 6-5-2022 10:55 PM
... saya dok jaga anak dekat 3 tahun jugan kat wad onko paed di HUKM .. lama dulu laaa ... circa 2005-2007 ... tak pernah sekali pun nampak pakar2 dok marah2 apatah lagi herdik2 pelajar medic, HO, MO mahupun para doktor yg nak jadi pakar ...

fizikal kena kuat ..mental pun kena kental ... jangan lemah sangat

sama je nak jadi polis atau askar especially komando ... lagi lah teruk keadaan sekitaran latihan depa rasanya ..

rasanya yg "lemah" ni segelintir jer ...

kawan saya ... datuk dr kasmani embong ... pengarah hospital ganung tu  hah .. anak2nya ada 2 orang kot doktor ... pastinya anak2 dia pun kena jalani latihan ... lek lek je dia ... JANGAN MANJA dalam bekerja !!
Quote Thunderclouds 6-5-2022 11:15 PM
kaishi replied at 6-5-2022 05:31 PM
Keje doktor ni bab nyawa, mana boleh memain... Aku berulang hospital keluar masuk wad ni kadg biasa  ...

Sebut insert branula ni mmg ngilu bontot bila tringat. Dok ulang2 cucuk sbb xdak flow darah. Parut bratoq kt tgn kiri kanan. Huhuhu(bukan zikir)

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.112370 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top