CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gopal Sri Ram Ketuai Rayuan Sam Ke Ting

5-5-2022 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1574| Komen: 3

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram akan mengetuai pasukan pembelaan dalam rayuan oleh kerani Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak.


Peguam Harvinderjit Singh, apabila dihubungi mengesahkan perkara itu.


Kredit foto: Harian Metro/BH Online 

Peguam itu berkata beliau akan hadir bersama Sri Ram untuk mewakili Sam, sambil menambah pelantikan mereka telah dimuktamadkan hari ini.

Harvinderjit Singh berkata, Sam bertemu Sri Ram di pejabatnya hari ini dan beliau bersetuju untuk menjalankan rayuan itu bagi pihak Sam, sambil menambah peguamnya, Faizal Mokhtar juga akan menjadi sebahagian daripada pasukan perundangan itu.


Beliau berkata, dia akan memaklumkan kepada timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan mengenai pelantikan mereka dan juga akan meminta rekod rayuan disediakan untuk menyediakan kes serta petisyen rayuan.

Pengurusan kes bagi rayuan Sam ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mohd Khairi Haron pada 11 Mei.

Pada 18 April lepas, Mahkamah Rayuan memberikan kebenaran kepada Sam untuk merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan juga membenarkan permohonan Sam untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 13 April dan dia dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu pendengaran rayuannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas Sam selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Okt tahun lepas, yang melepas dan membebaskan wanita itu.

Beliau juga memerintahkan wanita itu dikenakan penjara tambahan enam bulan sekiranya gagal membayar denda dan larangan memandu selama tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman.

Sam yang berusia 22 tahun ketika kejadian, didakwa melakukan kesalahan itu pada 3.20 pagi, 18 Feb 2017 di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, Johor.

Lapan remaja yang maut dalam tragedi itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 5-5-2022 06:10 PM
Kalo aku terima jah hukunan 6 tahun tuu.. kang bicara bicara lg kot byk lg terlondehh....
Quote mamajawie 8-5-2022 12:27 AM
Buritan: Kalo aku terima jah hukunan 6  ...


Setuju 100%
Quote TOPwind 8-5-2022 08:58 AM
Sam Ke Ting?

RasaNYA dua2 besalah.

Tongkang pasti akan di tolong oleh arang.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054947 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top