CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Israel Halang Masjid Al-Aqsa Laung Azan Isyak

5-5-2022 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1378| Komen: 0

Israel menghalang laungan azan Isyak pada Selasa lalu di Masjid Al-Aqsa selepas penduduk Palestin menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin lepas.


Menurut Saudi Press Agency (SPA) pada Rabu, sumber-sumber Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis menyatakan tentera penjajah melarang laungan azan itu atas arahan penjajah rejim Zionis.


Kredit foto: Twitter

Sumber-sumber Palestin menyatakan tentera penjajah bertindak memutuskan talian pembesar suara di masjid itu atas permintaan pihak penjajah Israel.

Tentera rejim Zionis itu melakukan perbuatan tersebut dengan alasan bahawa Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet sedang menyampaikan ucapan di Tembok Buraq (Tembok Barat) iaitu sebuah tembok batu kapur purba di Kota Lama Baitulmaqdis.



Kredit foto: Twitter

Sebagai tindak balas, gerakan Jihad Islam di Palestin dan Suruhanjaya Antarabangsa Menyokong Hak Rakyat Palestin (Hashd) mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Israel itu.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.036681 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top