Sudah tentu ramai menunggu bilakah filem francais Fast and Furious yang sedang memasuki filem ke-10 akan siap dan apakah kejutan menanti peminat filem itu.
Tetapi, sayangnya pengarah Justin Lin telah meninggalkan pemibikinan filem Fast X dan akan digantikan dengan pengarah lain.
Petikan dari Hollywood Reporter, Justin yang mengendalikan tugas menulis dan mengarah filem Fast X itu tidak berpuas hati dengan perubahan yang diminta oleh Vin Diesel dan pihak studio filem Universal yang dilaporkan membuang lokasi utama pengambaran di Eropah Timur dan melakukan perubahan di dalam skrip filem berkenaan. Difahamkan, Lin bertekak dengan Vin Diesel dalam satu mesyuarat selepas pelakon itu memberikan nota baharu kepada Lin. Dia kemudian meninggalkan mesyuarat dan berkata filem itu tidak berbaloi untuk kesihatan mentalnya. Ekoran kejadian itu, Lin digantikan dengan pengarah lain iaitu Louis Leterrier yang pernah mengarah filem The Incredible Hulk (2008), Transporter dan Now You See Me. Namun, Universal dan Lin mencapai persetujuan untuk mengekalkan Lin sebagai produser filem Fast X. - CARI |
kakaro940 replied at 6-5-2022 11:44 AM
dia jgk perna tak ngam dgn the rock tu lupa plk namanya hahaha..aku rasa dia ni klu bckp berlagak ko ...
kakaro940 replied at 6-5-2022 03:44 AM
dia jgk perna tak ngam dgn the rock tu lupa plk namanya hahaha..aku rasa dia ni klu bckp berlagak ko ...
ADVERTISEMENT