CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apa Punca Wanita Ditinggalkan Pemandu E-Hailing Di Lebuh Raya?

5-5-2022 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5177| Komen: 20

Wanita yang ditinggalkan ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing di Kilometer 452 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah selatan tidak memaklumkan masalah dihadapinya dengan pemandu terbabit.



Gambar hiasan

Pegawai Turus Penguatkuasa Zon Tengah A, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Nasyrul Ridzuan Abd Razak ketika dihubungi Harian Metro berkata, wanita terbabit hanya memaklumkan telefon bimbitnya pecah ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nasyrul berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 10 pagi tadi.


Menurutnya, wanita terbabit pada mulanya menghubungi pihak Plus memaklumkan dia berada di kawasan itu dan meminta bantuan untuk menghantarnya pulang.

"Pihak Plus kemudian menghubungi kami sebelum anggota saya bergegas ke lokasi kejadian. Wanita terbabit ditemui selepas susur keluar (Kilometer 452).

"Kami tidak pasti dia dari mana cuma dia memaklumkan ingin pulang ke rumah ibunya di Bandar Tasik Puteri Rawang. Atas rasa tanggungjawab anggota saya menghantarnya pulang," katanya.



Terdahulu Harian Metro melaporkan, seorang wanita ditinggalkan pemandu e-hailing ketika menggunakan perkhidmatan itu di tepi jalan tanpa diberikan sebarang alasan.

Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik apabila dibantu anggota polis kenderaan peronda lebuh raya (EMPV), Koperal Mohd Jefri Yaakob yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 5-5-2022 05:54 PM
Driver ehailing takut jadi mcm kes tempoh hari yg bdk pompuan kelar driver sbb takde duit nk bayar. Naik from tangkak smpi KL ujung2 kelar driver sbb takde duit bayar
Quote imransulaiman 5-5-2022 06:16 PM
Perempuan tu takde duit nak bayar tambang kot?
Quote wirazam 5-5-2022 06:28 PM
Kena dpt berita dari pihak satu lagi..then baru boleh bg ulasan...
Quote lattehazelnut 5-5-2022 07:19 PM
Mcm gaduh dgn bf je sampai kne tinggal tgh highway n phone pecah..
Quote benharungkar 5-5-2022 10:22 PM
lattehazelnut replied at 5-5-2022 07:19 PM
Mcm gaduh dgn bf je sampai kne tinggal tgh highway n phone pecah..

indeed....................
Quote Kitty_catz 5-5-2022 10:41 PM
drebar ehaling tu ex bf dia kut

masa kejadian bf.. lepas kena tinggal jd ex
Quote Normabaru 5-5-2022 11:40 PM
Xrasa ada kaitan dgn ehailing pun..ni drama je.nk minta org tlg hantar blk...klu buat cerita kena tinggal bf etc org nnt tny mcm2..so ko drama la kata ehailing pdhl ehailing klu pedajal gitu terus kena ban

Bf xbf xde nye laki tu berani nk tabur pasir dlm periuk nasi sendiri..klu luar waktu kerja then xperlu pun kait word ehailing tu dlm tajuk news..totally irrelevant
Quote makita 6-5-2022 07:22 AM
Plot twist....lari dari rumah bonda
Quote eizarz 6-5-2022 07:27 AM
nk blk free ckp je la....kalau ehailing buat hal mesti ko dah bising mcm anjing
Quote cmf_premierleag 6-5-2022 07:27 AM
Kalo e-hailing, takkan takde respon dr e-hailing companies mcm grab,airasia ride,socar sume tu?
Drama je la ko dik
Ntah2 kene dump dgn boyfren ko
Sib baik ko diselamatkan abam peronda PLUS
kalo x ko kene sondol dgn memana keter kat highway tu
Quote matbad 6-5-2022 02:41 PM
eizarz: nk blk free ckp je la....kalau ...

Iyaaa betollll
Quote epal21 6-5-2022 04:48 PM
Seronoklah dapat free ride. Pandai cari alasan. Kalau iols cari peronda tu iols call kan aje e hailing yg lain. Kesah lah pulak nak hantar balik rumah, kalau warga emas/ibu mengandung/ibu bawa anak kecik kot juga lah nak buat baik. Ni minah rempit mana agaknya.
Quote mikasa 6-5-2022 05:04 PM
Tengok gaya dari jauh semacam je ...
Quote Skuau 6-5-2022 06:07 PM
ok la .drp kena tggl tepi kubor,jerat cina...ke...
Quote Artemesiaa 6-5-2022 06:12 PM
Kena dengar dulu apa citer dari pemandu e haling tu.  Jika hanya dengar dari satu pihak tak tahu siapa betul siapa salah
Quote naina 6-5-2022 07:55 PM
Berani ke pemandu e hailing tinggal cmtu je
Mau rekod buruk jadinya
Follow apa jadi sebenarnya
Quote Punat_button 6-5-2022 10:45 PM
cek sekali dara beliau. ada koyakan baru ka lama.

Quote prettyuglybabe 7-5-2022 01:58 AM
pendatang ke?
Quote Carcosa 7-5-2022 02:33 AM
Mcm tak logic je cerita minah ni.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.062352 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top