CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Rogol Diperkosa Polis Ketika Buat Laporan

5-5-2022 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2333| Komen: 14

Seorang pegawai polis India ditahan selepas didakwa memperkosa remaja perempuan 13 tahun yang hadir ke balai untuk melaporkan kejadian dia dirogol beramai-ramai.


Kejadian di utara Uttar Pradesh itu insiden terbaharu yang menyerlahkan tahap keganasan seksual tinggi dalam negara terbabit yang secara purata merekod seorang wanita dirogol bagi setiap 18 minit.


Gambar hiasan

Menurut bapanya, gadis itu yang juga ahli komuniti Dalit India dirogol empat lelaki pada bulan lalu selama beberapa hari.

Malangnya ketika mahu melaporkan kejadian kepada polis, minggu lalu, dia dirogol pula pegawai di balai berkenaan, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan khidmat kaunseling kepada remaja terbabit.


Polis berkata, pegawai itu telah ditahan pada Rabu bersama empat individu lain serta ibu saudara mangsa yang dikatakan berada di dalam balai ketika mangsa diserang.

Sementara itu, 29 pegawai lain yang turut berada di situ ketika kejadian telah digantung tugas.

Rakyat India berkongsi kemarahan mereka berhubung kejadian di media sosial.

"Jika balai polis sudah tidak selamat untuk wanita, jadi ke mana lagi kami harus tuju untuk membuat laporan," kata anggota kanan parti pembangkang, Priyanka Gandhi Vadra dalam ciapan di Twitter.

Beliau turut bertanya sama ada kerajaan negeri Uttar Pradesh memikirkan secara serius cadangan menempatkan pegawai polis wanita di balai untuk membuatkan golongan berasa selamat.

Undang-undang rogol di India dan garis panduan hukuman telah dirombak selepas seorang pelajar di New Delhi dirogol beramai-ramai pada 2012, yang mendapat perhatian seluruh dunia.

Bagaimanapun, data terkini dikeluarkan menunjukkan jumlah jenayah itu kekal tinggi dengan lebih 28,000 kes rogol dilapor pada 2020.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal 5-5-2022 06:00 PM
ingat ke sini.......................takpalah kat nun sana
Quote Buritan 5-5-2022 06:03 PM
kitmal replied at 5-5-2022 06:00 PM
ingat ke sini.......................takpalah kat nun sana

Nasib baik aku dilahirkan jd mulayuuu.. koman koman duk sini pompuan mulayu kat sini dijaga maruah dgn baik.. kalo aku lahir jd paria duk plk kat yindia tuu nangiss aku..
Quote Skuau 5-5-2022 06:06 PM
ni filem tamil ke hindi???
Quote ultra78 5-5-2022 06:06 PM
Yang perempuan tu jangan la bercuti solo di india.
Quote Lagubestbest 5-5-2022 06:15 PM
MAK KAU HIJAU TT. time raya ni mood local je k.
Quote Belibis 5-5-2022 08:45 PM
Kasta paling rendah katanya..tapi poen masih berguna jugak..
Quote n3ar 5-5-2022 10:55 PM
Nak tempatkan pegawai polis wanita? Bahaahahaha..last polis wanita tu plak kena rogol.. Bukan leh kira puak kari ni
Quote Firenzza 6-5-2022 09:45 AM
Sdgkan biawak pun dirogol
Quote dua_chzy 6-5-2022 01:14 PM
Belibis replied at 5-5-2022 12:45 PM
Kasta paling rendah katanya..tapi poen masih berguna jugak..

Dalit people ni cerah daripada keturunan itam legam Brahmin. Of course sexually attractive.
Quote Artemesiaa 6-5-2022 01:16 PM
Baca tajuk dah boleh agak berita dari negara mana
Quote Belibis 6-5-2022 02:22 PM
dua_chzy replied at 6-5-2022 01:14 PM
Dalit people ni cerah daripada keturunan itam legam Brahmin. Of course sexually attractive.

Ya ka cerah..warga nepal cakap itam2 ..tak layak makan kat warung..pinggan mangkuk tak boleh kongsi.
Quote kemaruk 6-5-2022 02:33 PM
dekat sini kaum ni kutuk2 melayu
Quote angelofish 6-5-2022 02:53 PM
setiap 18 minit ada kes rogol.bayang kan berapa ramai anak haram kat sana
Quote dua_chzy 6-5-2022 03:29 PM
Belibis replied at 6-5-2022 06:22 AM
Ya ka cerah..warga nepal cakap itam2 ..tak layak makan kat warung..pinggan mangkuk tak boleh kongs ...

Cer ko google Dalit women.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.173776 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top