Alibaba adalah sebuah platform kedai atas talian yang boleh dikatakan hampir setaraf dengan kedai atas talian lain Amazon, Shopee, Lazada dan lain-lain lagi, tetapi baru-baru ini ada kes di bandar Hangzhou, China yang menakutkan pelabur syarikat itu sehinggakan Alibaba mengalami kerugian teruk. Petikan dari Vocket, laporan penangkapkan seorang lelaki di China bernama Ma itu membuatkan pelabur Alibaba menyangkakan Jack Ma telah ditangkap dan perkara itu menakutkan pelabur Alibaba. Difahamkan, harga saham Alibaba di Hong Kong menurun sebanyak 9.4% pada awal dagangan, menyebabkan kerugian kira-kira USD26 Bilion ataupun RM112 Bilion daripada nilai pasarannya. Ekoran itu, selepas laporan dari Global Times yang meredakan keadaan itu, saham Alibaba telah meningkat dan menutup hari dagangan di Hong Kong hanya 0.83% lebih rendah. Tambahan pula, China dikatakan telah melancarkan siasatan terhadap syarikat teknologi, meningkatkan pengawasan keselamatan data dan mengehadkan pengguna di internet dan platform pemainan video seperti Steam and Epic Games Store. - CARI |
Jajuli replied at 6-5-2022 04:08 AM
Lazada pun bwh dia kan , aku lebih suka Lazada dari shopee
xAthenax replied at 6-5-2022 07:07 AM
delivery shopee lagi hazab dan haru
ciken feed kaka dari Kelantan boleh merayau sampai ke sabah, s ...
xAthenax replied at 6-5-2022 03:39 PM
JnT uols
kaka siap email lagi hq
lalu tidak di balas
Jajuli replied at 6-5-2022 09:06 AM
Aku duduk kampung jugalah setakat ni ok je, pernah sekali brg tak sampai dia tefund dlm akaun bank, ...
ADVERTISEMENT