"Kalau peraturan kami, nak datang jumpa atau nak ke rumah orang kedua-dua pihak wajib swab test dan hantar kepada satu sama lain. Mencegah lebih baik daripada merawat.
"Sebab ada yang kena tapi tak bergejala kan? Kita jaga kita, okay?" tulisnya dalam sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Ayda turut menitipkan pesanan kepada orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman agar melakukan penyelenggaraan kenderaan dan memastikan rumah sentiasa berkunci.
"Raya sebulan ini tips balik raya. Pertama, jangan tanya 'kau bila nak kahwin', kedua jangan bandingkan kerja anak orang dengan anak sendiri. Ketiga minta izin nak pegang anak orang, lebih-lebih lagi kalau bayi. Keempat, jangan main cium anak atau bayi orang," tulisnya.