CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azza Elite Pesan Jaga Mulut Ketika Bertandang, Jangan Komen Saiz Badan Orang

5-5-2022 04:51 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4786| Komen: 35|Original author: Tatod


Penyanyi dan pelakon, Azza Elite, 44, menerusi Instagram menitipkan pesanan kepada netizen yang berniat untuk bertandang beraya agar menjaga adab pertuturan mereka.

Pemilik nama sebenar Noor Azzarima Zawari yang baru-baru ini menjadi mangsa 'body shaming' itu mendedahkan dia berasa hairan dengan sikap segelintir individu yang gemar mempersoalkan bentuk badan seseorang dalam bentuk sindiran.


"Kita beraya jaga mulut okay. Kita sibuk 'body shaming' orang, gemuklah, terlalu kuruslah. Kalau gemuk pun, kita makan beras rumah kamukah? Tak kan.

"Nanti kurus, ambil dadah pula. Macam-macam. Kita pesan sekali lagi, berhenti 'body shaming' orang. Hari raya pertama, kita kena wak," tulisnya.


Selebriti itu turut berkata bahawa sikap sedemikian tidak sepatutnya dilakukan ketika datang beraya di rumah orang. Secara berseloroh, Azza memberikan amaran mulutnya juga boleh menjadi lancang apabila berhadapan dengan orang seperti itu.

"Nasib baik kita Azza Elite, kalau kita Mak Su dalam 7 Hari Mencintaiku 3, kita 'lahar' balik. Ingat kita tak beranikah?

"Biar gemuk, jangan buruk. Sudahlah datang rumah kita, kita dikata-katanya. Susah sangatkah nak jaga kata-kata?" tulisnya lagi. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 5-5-2022 05:20 PM
Aku org ckp aku makin boolat ker apa ker..aku xder plak terkesann...lantak lah org nk ckp apa
Quote msdummy.2018 5-5-2022 05:20 PM
Aku org ckp aku makin boolat ker apa ker..aku xder plak terkesann...lantak lah org nk ckp apa
Quote SalenaGomez 5-5-2022 05:24 PM
msdummy.2018 replied at 5-5-2022 05:20 PM
Aku org ckp aku makin boolat ker apa ker..aku xder plak terkesann...lantak lah org nk ckp apa

Kannnnn…standed laa tu bentuk apa pon fizikal org mmg akan komen punya…

Kadang kelakar bila org lain komen gemuk2 ke tp anak sendiri obes gila…ada tu komen kurus2 sgt, hubby sendiri cenkeding…

So buat x tahu je la…org2 luar mmg suka mengomen…
Quote msdummy.2018 5-5-2022 05:33 PM
SalenaGomez replied at 5-5-2022 05:24 PM
Kannnnn…standed laa tu bentuk apa pon fizikal org mmg akan komen punya…

Kadang kelakar bila org ...

Koser nk sentap uolsss...pk dir sndr udohhhh...mulut manusia mmg xberhenti...yg pnting jgn plak kita mengata org gemukkk...
Quote lattehazelnut 5-5-2022 06:24 PM
Kalau anak korg yg kne bodyshame
Eee gemuk, hitam nye anak kau, xpun xberhias kne tuduh kang laki lari etc..

Nak biar gak ke? Knp dtg beraya kalau nak kutuk fizikal org.. just because korg da biasa it doesn’t mean its okay.. nak biar tradisi ni berkekalan ke?
Quote hzln 5-5-2022 06:52 PM
Kadang tu kita ni kena sadar diri juga. Pakai la baju yg sesuai dgn bentuk tubuh kita. Kalu dah body bulat seketul tu jgn ler dipakai baju pesen peplum tu. Lagi ler nampak seketulnya. Mmg ler tak patut org nak kata itu ini. Tapi dress sense kita sendiri pun ke laut. Body xxl nak berfesyen mcm body xs. Sendiri cari penyakit. Pastu sendiri sakit hati dgn mulut org
Quote Nenasketum 5-5-2022 07:04 PM
Dah jadi macam lgbt la pulak, semua nak sentap, semua nak touchy. Pigilah amalkan kehidupan yang sihat daripada nak warning2 orang.
Quote RooneyMara 5-5-2022 07:16 PM
Takyah sibuk komen berat org, takyah sibuk tanya bila org nak kahwin, takyah tanya pasal bila nak pregnant dan sewaktu dgn nya
Quote kiah_mai_pulak 5-5-2022 07:21 PM
dh rupa kau mcm nenek sihir dgn mulut tgh kunyah sirih tu haruslah org bertanya
Quote rosmahisham 5-5-2022 07:44 PM
Edited by rosmahisham at 5-5-2022 07:46 PM

So far family & sedara mara aku x de la mulut puaka tanya soalan bkn2..termasuk ipar duai..tp jiran2 makcik2 bawang kat kg ada lah..kita pakai emas, tukar keta baru, derang igt kita ikat perut x mkn gara2 nk nyimpan duit .psl tu kuruih x ckup makan..perlu ke nk bgtau kita ni iftar kat hotel sokmo..x yah tunggu vendor belanja??tp lantak lahh x jd kudiss pon!
Quote TabletSusu 5-5-2022 07:58 PM
aku.. kakak aku sendiri yg sibuk mengata adik2 gemuk. mentang2 skrg ni dia dah kurus. masa dia gemuk booolat, n aku kurus.. xpernah aku sebut dia gemuk. menyampah btul aku.. asal jumpa je, mesti itu dulu keluar dia mulut dia. aku yg gemuk, dia pulak yg rengsa
Quote Piramida 5-5-2022 08:11 PM
"Nasib baik kita Azza Elite, kalau kita Mak Su dalam 7 Hari Mencintaiku 3, kita 'lahar' balik. Ingat kita tak beranikah?

Adoii.. Kalau berani done done dah lahar.. Xde tanya2 dah berani ke tak!
Anyhoo oklah tu masih jaga mulut hihi.. Next kena usaha kuruskn badan lah juga demi kesihatan ya acik.
Quote SpyLeman 5-5-2022 08:30 PM
Iols pernah kena mamat ni komen kt fb iold dah nmpk gems sikit. Mmg hangin gak sbb bini dio 4x gems drpd iols. So, dia ni dah lama tak balik tgk bini ker?
Quote September14 5-5-2022 09:03 PM
Raya pkp je senang duk umah masing2 klu smua xleh
Quote makita 5-5-2022 10:34 PM
Skrg ni yg jenis mulut puaka semua bdn mcm badak dan muka mcm selipar. Tak sampai hati nak balas balik kepuakaannya tu. Senyum meleret je la tapi dlm hati nak gelakkan aja sbb bodoh x sedar diri
Quote Hoola 5-5-2022 11:20 PM
Edited by Hoola at 6-5-2022 02:04 AM

Dh 2x raya pkp msg2 xamik ikhtbar
Patut elok ja msg2 rya pkp dok diam2 kt rmh msg2
Xhbis2 bt dosa kering

Bertandang ada je nk Komen,
Kat sosialmedia lagi la

Euwwwwwwwww
Quote olezzeli17 6-5-2022 12:17 AM
Soalan popular bila time berjumpa, gemuknya, sihatnya, dh ngandong ke siap dgn pakej usap2 perut kita sekali.. tak sedar perut diorang sendiri dh mcm tayar Michelin.
Quote tukul 6-5-2022 12:28 AM
Mudah terasa dan sensitif sgt la org skrg ni ye...x bertegur sape kunci mulut x menanyakan dikatanya sombong berlagak... abis tu nak bersembang topik apa lg..nak tanya rege beg rege kasut rege tudung pulak kah...
Quote orkid_amani 6-5-2022 04:34 AM
Aq sebab jarang balik kg jumpak sedara mara ramai yg kata makin kuruih
Ka diorang ngajing aq xtau la
2tahun aq struggle nak turun kan berat dari 47kg ke 45 kg tapi xturun2.. aq xdak la extremely diet ke apa..mmg sedaq diri dah tua metabolism dah kurang kot..tu yg payah nau nak turun.. sanggup aq xberbuka posa dgn ayaq manis favt tembikai laici..soda herb sebab nak cut sugar...
Turun jadi 46.5kg ja..rugi tak dapat minum air sedap time berbuka

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.275644 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top