CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Suka Hati Dialah" - Fazley Yaakob Bidas Netizen Kecam Isteri Tindik Hidung

5-5-2022 04:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8672| Komen: 56|Original author: Tatod


Datin Azrene Ahmad iaitu isteri kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob yang mempunyai tindik di hidung menjadi perhatian warganet sekali gus dikecam kerana penampilan sedemikian dianggap tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang ibu.

Fazley menyifatkan teguran netizen itu agar kasar dan melampau kerana tindakan isterinya memakai tindik di hidung adalah hak peribadinya dan orang lain tidak sepatutnya masuk campur dalam hal terbabit.

Sumber IG Fazley

Menerusi Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini menjelaskan dia juga mengambil pendekatan dengan membalas semula komen biadab tersebut dengan cara yang sama sebagai pengajaran.

"Kadang-kadang tak faham jenis manusia yang merasakan mereka ada hak untuk memberikan komen sinis sebegiuni. Don't worry, saya tetap maafkan. 

"Cuma, kali ini saya cuba membalas dengan cara kasar dan kurang adab pula. Nak tengok apa reaksi empunya diri.

"Selalunya, saya delete dan block terus. Tapi, kali ini saya bagi peluang orang lain baca juga," tulisnya.


Tambahnya lagi, teguran sinis sebegitu bukan hanya berlaku pada dirinya tetapi juga sudah menjadi 'makanan' buat selebriti lain. Apa sahaja yang tidak kena di mata netizen pasti akan dijadikan isu.

"Ramai rakan selebriti yang terkena komen seperti pakailah tudung, tutuplah leher, jangan peluk pasangan, jangan senyum macam tu, awak Islam ke, Eh mengandung terus lepas baru nikah, kenapa pegang anak macam tu, pakailah baju longgar sikit, makan pakai chopstick haram dan ada juga saya ternampak komen, awak gemuk sangat dah sekarang?!


"Hebat betul orang yang komen ni. Seolah-olah mereka manusia paling sempurna dan selebriti penuh dengan kesilapan yang langsung tak boleh dimaafkan. 

"Buat mereka yang terkena komen-komen begini, terus delete dan block... tak luak pun. Kalau share je terus macam saya share ni pun lagi bagus supaya mereka ini mendapat kasih sayang dan perhatian yang sangat mereka dahagakan," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 5-5-2022 07:22 PM
Seolah-olah mereka manusia paling sempurna dan selebriti penuh dengan kesilapan yang langsung tak boleh dimaafkan.


teett... tak semua celebs dipandang hina ya. ada jah disembah persis dewa dewi turun kayangan
Quote samshik 5-5-2022 07:47 PM
Xpyh tegurlahh... Bile kene libas, ko memekak plk.. Semak netizen gini
Quote Piramida 5-5-2022 08:18 PM
"Cuma, kali ini saya cuba membalas dengan cara kasar dan kurang adab pula. Nak tengok apa reaksi empunya diri"

Dah ke apa nak menjawab2 kasar dan kurang adab. Serupa je lah sama2 jadi xde adab. Terkesan sgt tu.

Btw fesyen kot eh nak tindik2 kat hidung? Nanti leh tambah kat lidah or pusat or mana2lah.
Quote lattehazelnut 5-5-2022 08:23 PM
Sorry xnah rasa nose piercing lawa..
Hidung mancung pun still hodoh apatah lg hidung jambu..
Quote asfaz 5-5-2022 08:31 PM
Gigih eh dia ni Komen kat IG,walhal IG tu tak tag pun nama dia. Nampak sangat search cerita sendiri
Quote slyfynx 5-5-2022 08:32 PM
"Cuma, kali ini saya cuba membalas dengan cara kasar dan kurang adab pula. Nak tengok apa reaksi empunya diri.


Ko penah beradab ke kalau reply?
Ape2 semua play victim.
Sy maafkan orang kutuk sy nyanyi x sedap.
Sy maafkan org yang kutuk senyum senget sy x sesuai dengan misai konto sy.
Sy maafkan orang kutuk bini sy x elok tindik hidung sbb k=hidung jambu ayor.
Quote stingersting 5-5-2022 08:59 PM
Tindik clit.....
Quote midori_katana 5-5-2022 09:06 PM
Tindik hidung, lidah, pusat dan lebih dari sepasang kat telinga ni sooo yesterday. Dulu tahun 90an ramai la yg macam ni..
Quote Aneem 5-5-2022 09:54 PM
Tegur salah, tak tegur salah.
Jadi semua serba salah.
Quote makita 5-5-2022 10:24 PM
Dorg ni mcm sekufu sgt lah. Cucuk idung kening pusat semua ni masa zaman kolej ramai yg buat. Skrg dorg tu dah baya2 2 ekor ni la. Ni dah nak msuk 50an baru nk cucuk2 idong. Kesian gila perangai
Quote faraway1 5-5-2022 10:31 PM
Salah sebab artis eh bini artis, kalau tidak takda sapa peduli pun... Hidung sendiri suka hati
Quote Buritan 5-5-2022 10:37 PM
samshik replied at 5-5-2022 07:47 PM
Xpyh tegurlahh... Bile kene libas, ko memekak plk.. Semak netizen gini

Kalo aku jd fazley aku bgtau minik aku tindik kat pepek lg.. kat puting kppek.. kat lubang jubo..
Quote cmf_jeangrey 5-5-2022 11:31 PM
Eloklah kena maki...ada je yg x kena...gigih pulak tu komen...kalau x berkenan kau senyap saja lah

Tak rimas ke hidup jadi cctv belek hidup org lain?
Quote exclusive_vvip 5-5-2022 11:39 PM
walupun I x suka netizen suka tegur2 retis ni sbb bg iols retis tu bukan xde akal utk pikir..takyah nak ajar @ tegur diorg..tapi i nak cakap, org pompuan cantik la mcmana pun, kalu tindik kat hidung terus nampak low class rempit..auto turn off..
Quote gekkou 6-5-2022 12:08 AM
second photo kulit tak indah
lain2 photo dan video
kulit halur mulus tulus
kalah kulit telur
Quote OyaTonggek 6-5-2022 02:22 AM
Piramida replied at 5-5-2022 12:18 PM
"Cuma, kali ini saya cuba membalas dengan cara kasar dan kurang adab pula. Nak tengok apa reaksi emp ...

kt bizik pun voleyyy
Quote awexgaban7 6-5-2022 03:05 AM
Edited by awexgaban7 at 6-5-2022 03:07 AM

…. Sesuai sgt ampa laki bini…
Quote awexgaban7 6-5-2022 03:08 AM
exclusive_vvip replied at 5-5-2022 11:39 PM
walupun I x suka netizen suka tegur2 retis ni sbb bg iols retis tu bukan xde akal utk pikir..takyah  ...

Mcm yuna…kesian
Quote jihyomelly 6-5-2022 03:42 AM
melainkan ada susur galur keturunan yindia mari macam acik remilah parpu (tu pun sejak kawin mat saleh dok ostolia ngandung dah xde la nampak yindia pekat)

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.661658 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top