CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Daun Teh Jepun Dilelong RM68,000 Sekilo!

5-5-2022 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1217| Komen: 7

1.96 juta yen (kira-kira RM68,319) untuk satu kilogram (kg). Itu nilai sejenis daun teh Jepun yang menjadi tumpuan dalam acara lelongan bermusim sulung di negara itu pada Isnin.


Daun teh hijau asli ditanam di Fujinomiya, wilayah Shizuoka itu dijual pada lelongan tahunan Pasar Teh di bandar itu, lapor The Independent.

Pegawai di pasaran berkata, walaupun pengeluaran teh perlahan daripada biasa tahun ini, kualitinya kekal tidak berubah.


Gambar hiasan

Pemain industri berusaha keras memastikan teh yang lazat pada harga berpatutan walaupun negara itu dilanda kenaikan harga bahan api dan bahan mentah, kata presiden pasaran, Yasuhide Uchino.


Terletak di pantai selatan Jepun, wilayah Shizuoka terkenal dengan hasil teh hijaunya.

Lelongan itu turut menyaksikan ramai pemborong teh gembira mendapat produk tulen itu selepas bergegas ke pasar, pada awal pagi.

"Kami memperoleh teh dengan warna dan bentuk yang baik," kata Natsuki Wada, pemborong teh yang sudah diproses berusia 35 tahun yang berpangkalan di bandar Shizuoka.

Ia bermula dengan jayanya apabila loceng pertama transaksi berbunyi jam 7 pagi.

Ramai dilihat berunding untuk perjanjian dengan tepukan gemuruh ketika perjanjian dimeterai.

Menurut Pasaran Teh Jepun Shizuoka, teh hijau Shizuoka memperoleh jumlah dagangan 1,732 kg menjelang 8.10 pagi, dengan purata sekilogram berharga 5,027 yen (RM175), tambah laporan itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 5-5-2022 01:33 PM
Orang luar minum teh tanpa gula - sihat.

Selebihnya korang sambung sendiri
Quote nazzse 5-5-2022 01:39 PM
Edited by nazzse at 5-5-2022 05:41 AM

Iols consume maruzen houjicha tea tiap malam bulan puasa turun banyak berat. Lawas betul
Quote mbhcsf 5-5-2022 02:51 PM
oh wow, must be good eh? i thot  Margaret Hope Whittard tea yg expensive...
Quote angelofish 5-5-2022 03:17 PM
selain pokok teh ni .tak ada pokok lain ke yang menghasil kan daun sedap di minum?dulu dulu ada jugak orang jual daun misai kucing..
Quote mbhcsf 5-5-2022 06:45 PM
angelofish replied at 5-5-2022 03:17 PM
selain pokok teh ni .tak ada pokok lain ke yang menghasil kan daun sedap di minum?dulu dulu ada juga ...

hmm..matcha ?
Quote angelofish 5-5-2022 06:56 PM
mbhcsf replied at 5-5-2022 06:45 PM
hmm..matcha ?

matcha? nanti ai google .apakah itu
Quote Jitu 5-5-2022 08:22 PM
kopi lg sedap

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.074968 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top