CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan Penganggur Larikan Isteri Orang

5-5-2022 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3123| Komen: 16

Seorang lelaki cuba meloloskan diri dengan memandu Perodua Kancil yang dilarikan secara berbahaya dalam kejadian di Seri Manjung di sini petang semalam.


Ibarat dalam filem aksi, dia nekad melanggar lampu isyarat, merempuh sebuah kereta peronda polis serta cuba melarikan sebuah motosikal sebelum berjaya ditahan.


Tangkap layar memaparkan kereta dipandu suspek dikejar kenderaan peronda polis di sekitar Sitiawan dan Seri Manjung, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, terdahulu suspek berusia 31 tahun menghubungi sorang kenalan wanita pada pukul 7.30 pagi bagi meminta bantuan


Katanya, dia yang mengenali wanita bekerja sebagai juruwang itu menerusi aplikasi WeChat sejak empat bulan lalu mengambilnya di sebuah premis di Sitiawan.

“Wanita itu ke sana menaiki sebuah kereta dengan diekori suaminya bersama rakan secara berasingan kerana bimbang keselamatan diri.

“Sebaik tiba, suspek mahu memandu kereta wanita itu dengan alasan ada orang sedang mengejarnya sebelum dia menyedari kehadiran suami wanita itu dalam kereta lain,” katanya.

Menurutnya, suspek memandu kereta mangsa menghala ke Seri Manjung dalam keadaan berbahaya dan enggan berhenti apabila diarahkan anggota kereta peronda polis.

“Suspek bukan sahaja tidak mahu memberhentikan kereta sebaliknya terus memecut dan melanggar lampu isyarat serta merempuh sebuah kereta peronda polis yang cuba menghalang di hadapan premis Toyota Seri Manjung.

“Apabila tiba di hadapan sebuah restoran, suspek menghentikan kereta dan cuba pula mengambil motosikal milik seorang wanita, tetapi tidak berjaya memaksa dia kembali masuk ke dalam kereta.

“Anggota polis yang tiba cuba menahan suspek dan berlaku pergelutan sebelum lelaki itu berjaya ditahan dan suspek mengaku cemas kerana menyangka suami wanita itu dan rakannya sebagai pemungut hutang,” ujarnya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 5-5-2022 12:32 PM
Byk persoalan aku utk berita ni..kenapa ppuan tu baik sgt nk tlg? Kenapa suami die izinkn tlg? Brape byk laki tu hutg smpai takut? Ah long kah? Die tao suami ppuan tu ikut tp die ingt org tu pemungut hutg, die nak jdkn ppuan tu tebusan kah?
Quote ChildrenOfBodom 5-5-2022 12:42 PM
bini orang dok main we chat tu paham2 laa, nak cari lemang lain..
Quote Decaffeinated 5-5-2022 01:11 PM
tak pernah lagi aku rasa nak sumpah wartawan punya report seteruk ini

Quote matbad 5-5-2022 01:23 PM
ChildrenOfBodom: bini orang dok main we chat tu ...

Hahahaha kannnnn
Quote bottombikini 5-5-2022 02:15 PM
inspired by mail beris
Quote Belibis 5-5-2022 02:16 PM
Lari pakai kancil pun dianggap ' ibarat dalam filem aksi'???.. ha ha..torento tersenyum sinis.
Quote Mini.Me 5-5-2022 07:42 PM
Ade plot twist tak ni? Lain macam punya story line
Quote ninja boy 5-5-2022 09:47 PM
Edited by ninja boy at 5-5-2022 09:51 PM

Asal boleh melepas diri
Quote mejaputih 5-5-2022 10:27 PM
Iols tak faham berita ni...cam berbelit2..
Quote akumakanhati 5-5-2022 10:29 PM
mejaputih replied at 5-5-2022 10:27 PM
Iols tak faham berita ni...cam berbelit2..

Haha sama tak faham jugakkk..
Quote Kitty_catz 5-5-2022 10:40 PM
ni janitor kut yg tulis... reputz smer cuti raya lagi la.. tak masuk opeh

tu pasai la citer berterabur...
Quote Cintakapuri 6-5-2022 03:26 AM
Emang stupid yah kamu, lol
Quote alinone78 6-5-2022 07:01 AM
musykil dengan kisah çulik ni. siapo suami n kawannya boleh ikut dari belakang
Quote bloodyamuk 8-5-2022 02:16 AM
dah macam filem snatch, banyak watak2 banyak plot twist, at the wrong place at the wrong time...

kenal kat wechat?

lubuk rempit marhaen...kecian
Quote cap_ayam 8-5-2022 07:13 AM
Semua watak dalam kes ni terserlah ciri2 rempit
Quote batmana 8-5-2022 07:25 AM
Pelik benor..kenal dlm WeChat 4bln je..somi dh bagi permisi keluar bantu laki tu..ape ke bingai punya somi...ni dh jelas ciri laki dayus..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.148563 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top