Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick kini dalam perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz di di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Janna berkata, pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah itu menelan kos kira-kira RM6 juta. "Semoga urusan pembinaan ini dipermudahkan. Saya dah lama pasang impian untuk memiliki rumah tahfiz dan anak yatim. Alhamdulillah tak sangka diberi peluang bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor dan penduduk kampung untuk sama-sama bangunkan Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.
"Saya memilih lokasi di Kampung Bukit Kechil kerana di sini tempat saya membesar selain atas kepercayaan penuh AJK masjid yang sememangnya ahli keluarga saya sendiri. "Setakat sekarang kos yang sudah dikeluarkan berkat sumbangan orang ramai adalah RM400,000 meliputi pembelian tanah seluas kira-kira 8,000 meter persegi dan tambak tanah. "Jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim ini adalah RM6 juta. Sekarang ini kami baru ada RM500,000 dan jika cukup RM2 juta kami akan mulakan pembinaan," katanya.
|
krustykrab: Ingatkn duit ko sendiri oiiii
slyfynx replied at 4-5-2022 08:31 PM
Ko kutip duit orang, pastu letak nama kau.
Pastu konon2 nak sucikan diri la.
Buat tahfiz x bermaksud ...
fair_iza replied at 4-5-2022 11:16 PM
Aku sbnrnya kurg fhm nk bina tahfiz persendirian byk2. Dah cukup buat bangunan, nak byr gaji guru2 b ...
Lagubestbest replied at 4-5-2022 08:27 PM
cmne nak tahu list2 pusat tahfiz kat malaysia skrg ni ye. Semenjak covid ni semua online so nampak b ...
fair_iza replied at 4-5-2022 11:16 PM
Aku sbnrnya kurg fhm nk bina tahfiz persendirian byk2. Dah cukup buat bangunan, nak byr gaji guru2 b ...
ADVERTISEMENT