CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kami Sedang Berusaha Menghalalkan Hubungan Ini' - Sherry Ibrahim

4-5-2022 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9839| Komen: 47

"Berhenti bertanya bila kami akan berkahwin kerana kami sedang berusaha menghalalkan hubungan ini di sisi Allah SWT. Kami hanya merancang sedangkan Allah yang menentukan semuanya. Allah adalah sebaik-baik perancang".


Itu kata pelakon dan penyanyi Sherry Ibrahim yang turut tidak terkecuali diajukan mengenai soal kahwin ketika musim perayaan ini.


Kredit foto: IG Sherry

Menginjak ke usia 39 tahun, Sherry turut tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat mereka yang berada di sekelilingnya.

"Memang ramai kawan-kawan saya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Alhamdulillah itu rezeki mereka dan saya turut tumpang gembira. Namun, Allah kata belum masa saya lagi. Insya-Allah suatu hari lagi. Doakanlah," katanya.


Berkongsi mengenai sambutan Aidilfitri, dia lebih banyak menghabiskan masa di dapur bagi membantu ibu dan neneknya memasak.

"Setiap tahun, kalau wartawan tanya berapa pasang baju raya, saya akan jawab yang saya hanya akan sediakan sepasang. Bukan apa, saya tidak ke mana-mana selain membantu ibu dan nenek di dapur.

"Jadi, saya akan pastikan baju itu selasa untuk dipakai ketika membuat kerja-kerja. Dan selalunya, saya hanya ada di rumah pada hari raya pertama saja. Esok dan seterusnya saya akan bercuti ke destinasi pilihan. Cuma dua tahun kebelakangan ini, saya tak sempat berbuat demikian," katanya.


Kredit foto: IG Sherry

Menurut Sherry, dia akan cuba mencuri masa untuk bercuti selepas penat menguruskan perniagaan salun rambutnya, Khatulistiwa Hair Spa.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 4-5-2022 08:01 PM
Kaka doakan dik sherry n semua yang sedang berusaha menghalalkan hub semoga dipermudahkan urusan Dan dpt jodoh yang sejuk mata memandang yang dpt membimbing hingga ke jannah..aminnn
Quote eely_shana 4-5-2022 08:06 PM
Semoga cepat bertemu jodoh sherry
Quote MissyMolly 4-5-2022 08:14 PM
Iya skang dah mula balik musim btunang, bkahwin.

Smg berjaya sherry
Quote fair_iza 4-5-2022 08:52 PM
Memang dia ada boyfriend lh?
Quote Kancilkering 4-5-2022 09:21 PM
jelly tgk body dia…moga dipermudahkan urusan…..
Quote nolya 4-5-2022 11:30 PM
I think it is about time that all of us should aware with more honourable approach not to ask 'bila nak kawen' or 'bila nak ada anak'. Nowadays our girls n ladies dah bleh berdikari n merdeka.  Soal jodoh bukan boleh dipaksa2, waima oleh mereka yg sudah berteman atau dn ada pacar sekalipun. Begitu juga dlm hal dpt anak.  Tu semua Allah yg ngatur dan tentukan. Lagi pula soalan sedemikian ada yg tidak menggemari dn terlalu peribadi. So, seharusnya kita sekalian berikan understanding kpd mereka yg masih solo atau yg belum ada rezeki mendapat anak.
Quote sukacactus 5-5-2022 01:09 AM
Yg tya pasal bila nak kawin ni, dia lupa konsep jodoh
Bkn di tangan kita pun, serupa tya soalan bila kita nak mati…ha camtu la
Quote awexgaban7 5-5-2022 03:50 AM
sukacactus replied at 5-5-2022 01:09 AM
Yg tya pasal bila nak kawin ni, dia lupa konsep jodoh
Bkn di tangan kita pun, serupa tya soalan bil ...

Ermm meolz belom kawen, now dah 36… setiap kaki org tanya bila nk kawen taktaw nk jawab apa dah… asyik ulang ayat “tak taw bila, doakan lah ya”… next2 year kna tanya lagi soalan yg sama… mmg teringin nk kawen, tapi nk buat mcm mana…
Quote dejure 5-5-2022 04:34 AM
awexgaban7 replied at 5-5-2022 03:50 AM
Ermm meolz belom kawen, now dah 36… setiap kaki org tanya bila nk kawen taktaw nk jawab apa dah… ...

Aku pernah kena tanya dgn sorang makcik ni tanya bila nak kahwin aku ckp sorry tak minat,minat dgn kaum sejenis aje.terus terdiam makcik tu.lps tu dah tak tanya lg dah..hahaha
Quote sukacactus 5-5-2022 05:44 AM
awexgaban7 replied at 5-5-2022 03:50 AM
Ermm meolz belom kawen, now dah 36… setiap kaki org tanya bila nk kawen taktaw nk jawab apa dah… ...

Aku doakan sis awex hidup bahagia either berjodoh or tak
Aku kenal ramai yg berat jodoh, even SIL aku pun 3 org dah over 30’s, selalu MIL aku bandingkan dgn kengkawan diorang masing2…kesian aku tgk
Sampaikan aku sdr cuba sedarkan SIL aku ni, jodoh ni bkn kuasa kita
Tak kan la nak kawin tangkap muat je, asalkan berlaki, aku ckp ke dia
Quote missyL 5-5-2022 07:39 AM
39 ke
Tp xde nmpk tua sgt
Its okay sherry

Intan ladyana pn kawen 39 helok je beranak dah

Semoga dipermudahkan
Quote missyL 5-5-2022 07:42 AM
sukacactus replied at 5-5-2022 05:44 AM
Aku doakan sis awex hidup bahagia either berjodoh or tak
Aku kenal ramai yg berat jodoh, even SIL  ...

Perempuan 30 an klo ade duit sendiri harta sendiri
Kadang2 mls nk pk pasal jodoh dah
Lg plk tgok jantan lani perangai xsemenggah ramai

Bace je la kt fb nun.
Mcm2 kisahh
Hidup single tp happy lagi best
Quote bottombikini 5-5-2022 07:59 AM
dejure replied at 5-5-2022 04:34 AM
Aku pernah kena tanya dgn sorang makcik ni tanya bila nak kahwin aku ckp sorry tak minat,minat dgn ...

haha..win

aku kalo org tanya psl kawin
aku jawab je dah tak minat

Quote sukacactus 5-5-2022 09:15 AM
missyL replied at 5-5-2022 07:42 AM
Perempuan 30 an klo ade duit sendiri harta sendiri
Kadang2 mls nk pk pasal jodoh dah
Lg plk tgok  ...

Ha mcm tu le aku ckp ke MIL
Aku try nak educate dia hidup solo bkn pengakhiran hidup
Kalau la terkhawin laki xde kualiti bewak idup kaki pukul, taik dadah lg la haru
Lbh baik la idup sdr
Quote imanjannah 5-5-2022 09:16 AM
sukacactus replied at 5-5-2022 01:09 AM
Yg tya pasal bila nak kawin ni, dia lupa konsep jodoh
Bkn di tangan kita pun, serupa tya soalan bil ...

ye betul sgt.. tak faham konsep jodoh, ajal, rezeki semuanya Allah dah tentukan
Quote orkid_amani 5-5-2022 09:24 AM
sukacactus replied at 5-5-2022 05:44 AM
Aku doakan sis awex hidup bahagia either berjodoh or tak
Aku kenal ramai yg berat jodoh, even SIL  ...

Berat jodoh tu mcmna sis suka?
Kadang sbb frustrated cinta tak kesampaian..cinta terhalang pun punca gak
Mcm Kak aii..mak xsuka dia kawin org swak..huhu..so setakat tu ja la dia berkawan
Sampai skg masih single
Quote lyshafull 5-5-2022 09:26 AM
Moga bertemu jodoh sherry …
Quote sukacactus 5-5-2022 09:39 AM
orkid_amani replied at 5-5-2022 09:24 AM
Berat jodoh tu mcmna sis suka?
Kadang sbb frustrated cinta tak kesampaian..cinta terhalang pun pun ...

Berat jodoh tu mcm payah sgt la nak menjadi hubungan yg membawa ke jinjang pelamin
Contoh my SIL sdr, dah sampai nak fitting baju pengantin dah, yg laki tu bertegas nak ikut selera dai, last2 putus
Selang berapa tahun, couple dgn kwn tempat keje plak
Dah bf tu plak ada ex from hell
Asyik la ugut2 suruh my SIL putus so dia bleh masuk line balik, sampai jd kes polis plak
Last2 putus jg malas dia serabut2
Quote nolya 5-5-2022 09:42 AM
'Bila nak kawen' n 'bila nak ada anak',  soalan2 cepu emas yg melekat dgn sikap orang Melayu.  Tak taulah kalau kaum Cina dn India juga kepoh dgn perkara begini.  Kenapa agaknya orang Melayu berminat sangat dgn soalan sedemikian lantas wujudlah istilah andartu/antartu dn mandul.  Adakah begitu prihatin atau sengaja nak kepoh perihal orang lain?

Sebenarnya, ada cara lebih berhemah jika ada sdra-mara atau teman rapat nak tanyakan soalan perihal berkahwin.
Kalau tanya "belum ada teman/bf ke", itu lebih manis walaupun sebenarnya tak patut ditanya. Begitu juga kpd pasangan yg tak punya anak, jgnlah sekali2 bertanya 'BILA nak ada anak. Tak nak ambik anak angkat ke?'.  Soalan begitu sangatlah sensitif dn menyentuh sensitiviti mereka yg terlibat. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul, maka kakak2, auntie2, makcik2, di zmn milinium ni harus ambil pendekatan untuk menukar pola pemikiran agar lebih menghormati rezeki dn jodoh orang lain.
Sapelah yg nak solo/membujang  selamanya, sapelah yg tak nak anak, tapi ketentuan Allah swt tak harus dinafikan.  Doakan mudah2an yg single ditemukan jodoh dn yg belum ada anak diberikan rezeki dpt anak.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.055984 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top