CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Chong Wei Amat Rapat Dengan Saya' - PM Beraya Dengan Keluarga LCW

4-5-2022 06:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2054| Komen: 11

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam tadi berhari raya dengan Datuk Lee Chong Wei selepas dua tahun tidak meraikan Aidilfitri bersama legenda badminton negara itu.


Menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Rabu, Perdana Menteri berkata, setiap tahun Chong Wei akan membawa isteri, Datin Wong Mew Choo serta dua anaknya, Kingston dan Terrence beraya di kediaman beliau.



"Chong Wei amat rapat dengan saya semenjak saya Menteri Belia dan Sukan, sehinggalah sekarang,” katanya.

Menerusi hantaran itu, Ismail Sabri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Chong Wei kerana menjulang nama negara di persada antarabangsa.


Chong Wei mengumumkan persaraannya pada Jun 2019 selepas 19 tahun mencurah keringat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Sementara itu, Chong Wei dalam hantaran di Facebooknya pula menyifatkan pertemuan itu agak istimewa selepas dua tahun negara dilanda wabak Covid-19.






Menurutnya, beliau turut berkongsi pandangan dan pengetahuan mengenai perkembangan badminton negara dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang juga merupakan Penaung Persatuan Badminton Malaysia. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 4-5-2022 08:12 PM
Makan kat hotel ke mana tu siap cawan paper cup
Quote stingersting 4-5-2022 08:24 PM
Normabaru replied at 4-5-2022 08:12 PM
Makan kat hotel ke mana tu siap cawan paper cup

Bersilatulrahmi bukan dgn cawan....

Kahkahkahkahkahkah
Quote Decaffeinated 4-5-2022 09:59 PM
baju sedondon tu tempah ka macam dia yang raya




Quote Nenasketum 4-5-2022 10:04 PM
PM lembam beraya dengan si sepet
Quote namr 5-5-2022 01:21 AM
Lcw dgn kak mah pon rapat kan
Quote Orenn1 5-5-2022 02:56 AM
Ko ni gila glamour ke pak mail woiiii? pm2 skrg ni semua jenis jakun dpt jd pm huh
Quote Orenn1 5-5-2022 03:02 AM
Bini dia nama muhaini baru tahu. Nampak beno pak mail ni bukan high profile masa tiba2 dpt jd pm
Quote stingersting 5-5-2022 05:43 AM
Decaffeinated replied at 4-5-2022 09:59 PM
baju sedondon tu tempah ka macam dia yang raya

Kedondonan by JOBIAN.....

Ko ghaser?
Quote stingersting 5-5-2022 05:46 AM
Orenn1 replied at 5-5-2022 03:02 AM
Bini dia nama muhaini baru tahu. Nampak beno pak mail ni bukan high profile masa tiba2 dpt jd pm


Siapa pun boleh jadi piyem  oyen.....ko tengok aksi2 sarkis dlm dewan rakyat aja dah boleh tahu

Malay bolehland.....

Kahkahkahkahkah
Quote Orenn1 5-5-2022 05:24 PM
stingersting replied at 5-5-2022 05:46 AM
Siapa pun boleh jadi piyem  oyen.....ko tengok aksi2 sarkis dlm dewan rakyat aja dah boleh tahu

M ...

Betul jugak, main dgn puak2 sarkas ni.

Selamat hari raya maaf zahir batin stinger. Ehh engko lama aku tak nampak buat huru hara bulan puasa hari tu? ke konsep shaithon kena ikat di bulan ramadan ada kebenarannya? lol kohkohkoh, gurauu stinger
Quote stingersting 5-5-2022 05:38 PM
Orenn1 replied at 5-5-2022 05:24 PM
Betul jugak, main dgn puak2 sarkas ni.

Selamat hari raya maaf zahir batin stinger. Ehh engko lam ...

Tak payah nak bermaaf maafan segala..ko ingat aku jenis musibat musibat dlm ni nak tunggu org datang mintak maaf atau  at worst tuntut dia merangkak kat padang masyar utk mintak maaf? Prinsip aku Sebelum dorang terdetik nak buat dosa dgn aku lagi...aku dah maafkheun.....aku anggap semua dlm ni ibarat bayi yg baru lahir...suci bak sutera putih dgn aku....takda salah.....

SEE MY LEVEL...

Anyway..sebulan ramdhan sibuk qiyamulai...dari malam pertama ramdhan lagi....tak larat nak menyetangkheun diri...lebih banyak zikir...tadarus...

Now ramdhan dah berlalu gian macam dah  datang balik...(auto reset)

Kahkahkahkahkah







Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.043857 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top