CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja New Zealand Boleh Cuti Selama Mungkin

4-5-2022 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1860| Komen: 1

Beberapa laporan menyatakan bahawa sebuah syarikat berpangkalan di New Zealand menawarkan pengambilan cuti tanpa had kepada pekerjanya, lapor laman berita Wion News semalam.


Syarikat perisian komputer itu membenarkan pekerja mengambil cuti selama mungkin dan tawaran itu berdasarkan ‘sifat amanah tertinggi’.

Syarikat Actionstep membenarkan pekerjanya mengambil cuti selama sebulan dalam setahun. Syarikat berpangkalan di bandar Auckland itu membenarkan pekerja bercuti untuk memastikan minda mereka berada dalam keadaan terbaik. 


Kredit foto: nzherald.co.nz

Menurut laporan berkenaan, LinkedIn dan Netflix juga cuba menggunakan model yang sama.

Sebuah lagi syarikat dari New Zealand, Rocketwerkz menawarkan cuti tahunan dan cuti sakit tanpa had sejak beberapa tahun lalu. 

Konsep fleksibiliti di tempat kerja sebelum ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Jacinda Ardern yang mencadangkan tempoh bekerja selama empat hari seminggu.

Pada tahun lalu, syarikat Unilever New Zealand memulakan percubaan membenarkan kakitangannya bekerja kurang sehari dalam seminggu untuk menyokong cadangan tersebut. 

Idea berkenaan mendapat sokongan semasa pandemik Covid-19 yang menyaksikan berjuta-juta pekerja bekerja dari rumah.

Unilever New Zealand berkata, percubaan itu adalah anjakan matlamat yang memberi tumpuan kepada produktiviti dan bukannya masa bekerja. Mereka memberikan gaji penuh walaupun waktu bekerja telah dikurangkan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 4-5-2022 07:17 PM
"lu olang ini macam mau cuti.. tak payah mari lagi...lor"-majikan sini

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.031822 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top