Pasangan penyanyi popular, Syamel dan Ernie Zakri sepakat memilih tarikh 2 Syawal untuk memperkenalkan anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha yang lahir pada 22 Februari lalu,
Perkongsian itu dibuat penyanyi duet lagu Aku Cinta itu menerusi akaun Instagram masing-masing, sebentar tadi. Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkongsi keterujaan meraikan Aidilfitri bersama puteri sulungnya itu. Foto dimuat naik itu memaparkan keluarga bahagia ini mengenakan baju sedondon rona biru sambil memangku Nur Khawla.
|
ADVERTISEMENT