CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syura Sambut Raya Kampung Suami, Risau Masakan Tak Menepati Citarasa Suami Dan Mentua

4-5-2022 01:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2457| Komen: 1|Original author: Tatod


Sambutan Aidilfitri penyanyi Syura Badron pada tahun ini berbeza apabila dia kembali bergelar isteri dan balik meraikan perayaan itu di kampung suaminya bersama keluarga mentua.

Kata wanita berusia 36 tahun itu kepada mStar, apa yang membimbangkannya adalah juadah yang disediakannya tidak menepati selera suami serta mentuanya.

"Dia sudah biasa dengan menu raya yang dimasak oleh ibunya jadi saya takut kalau apa yang saya sediakan tak kena dengan citarasanya.



"Bukan mudah untuk tandingi air tangan ibu mentua. Oleh itu, saya cuba sebaik mungkin untuk sediakan juadah untuk keluarga suami.

"Suami sebenarnya tak terlalu memilih makanan cuma dia request saya sediakan sambal goreng pengantin iaitu menu tradisi masyarakat Jawa," kata Syura.

Imbas semula, Syura mendirikan rumah tangga dengan Farizat Ismail pada 22 Januari lalu di Masjid As Salam, Puchong Perdana.



Ia ada perkahwinan kedua Syura selepas berpisah dengan bekas suami, Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015.

Hasil perkahwina pertama, Syura dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 13, Nurul Qaisara Sofia, 11, dan Muhammad Irfan Aryan, 9.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DragonSari 4-5-2022 03:49 PM
Skala nguapan 9 dr 10

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.076241 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top