CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hairul Azreen Baru Sebut 'Aaaaa' Anak Dah Takut, Didik Anak Tak Pakai Rotan

4-5-2022 01:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2470| Komen: 5|Original author: Tatod


Pelakon yang semakin terkenal dengan filem aksi, Hairul Azreen mendedahkan dia dan isteri, Hanis Zalikha mempunyai teknik tersendiri untuk mendidik dua anak mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Memetik laporan mStar, pemilik nama sebenar Hairul Azreen Idris berkata, kedua-dua anaknya yang berusia enam dan tiga tahun itu lebih takut dengannya berbanding isteri.

Sehingga ke hari ini, dia tidak pernah menggunakan rotan sebagai salah satu bentuk hukuman sekiranya Yusuf dan Alisa melakukan sesuatu kesalahan.




"Kedua-dua anak takut dengan kami tapi mereka lebih takut dengan saya. Kalau saya tak bagi sesuatu atau baru sebut 'aaa' sahaja pun mereka takut dan menangis.

"Kalau bercakap mengenai perkara keibubapaan ini, masing-masing punya cara tersendiri. Mungkin cara saya pun tak sama dengan ibu bapa lain. Kebiasaannya, kalau saya marah, Hanis akan pujuk.

"Begitu juga sebaliknya. Kalau Hanis yang marah, saya pula yang akan pujuk. Saya tak pernah rotan tapi kalau cubit tu pernah. Atau tegur dengan pandangan mata, mereka akan diam," katanya kepada mStar.


Terdahulu, Hanis sebelum ini pernah memberikan kenyataan bahawa wajahnya mungkin tampak lembut, bagaimanapun dia sebenarnya seorang yang sangat tegas dalam mendidik dua anaknya itu.

Dia selalu berkongsi perkara berkaitan anak-anaknya di laman sosial kerana menjadikan ia sebagai rujukan pada masa akan datang. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 4-5-2022 01:47 PM
Yeah right.
Yawnnnn
Quote lanse 4-5-2022 02:19 PM
Oh my..oh my..yang ni pon boleh jadi bahan berita.
Quote Buritan 4-5-2022 02:47 PM
lanse replied at 4-5-2022 02:19 PM
Oh my..oh my..yang ni pon boleh jadi bahan berita.

Esok kuar cite ape laa plk
Quote eyansss 4-5-2022 08:28 PM
ok la tu…  nanti anak2 dah besar, tak perlu tiru style keknah sindir2 berjela2 kat media sosial…  hampa jeling je, anak2 terus pulun bagi hampa duit, hadiah segala…
Quote makton 5-5-2022 02:45 PM
tunggu la nanti nak ko dah masuk skola, dah remaja.. kita tgk aaaaaa ko tu boleh pegi jauh mana

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.117041 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top