CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tanggungjawab Saya Untuk Menjaga Seorang Fauziah Nawi'

1-5-2022 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5403| Komen: 11

“Setiap kali menjelang hari raya, dia datang. Pasang lampu dan bersihkan rumah. Sudah nak masuk tiga tahun dia tak ada,” dalam sayu, pelakon veteran, Fauziah Nawi mengenang anaknya, Allahyarham Mohd. Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif yang dijemput Ilahi Oktober 2019.


Allahyarham Pit yang juga pengarah terkenal, ditemukan lemas ketika memancing di Sungai Jelai, Kampung Mela, Kuala Lipis, Pahang.


Kredit foto: IG Farah

Hampir tiga tahun insiden menyayat hati itu berlalu. Fauziah tidak sedetik pun melupakan. Hanya doa dipanjatkan, dari seorang ibu untuk anaknya ‘di sana’.

“Suka mengusik dia itu. Menceriakan. Gamatkan suasana. Dia sepupu paling tua. Amat menyayangi sepupu-sepupu dia. Dah tiga tahun dia tak ada. Hari raya sunyi jadinya. Semua rindukan dia.

“Yang paling saya rindukan, setiap kali dia balik, kalau tengok saya tidur, dia akan selimutkan. Macam saya katakan, dia pembersih dan tolong kemas rumah saya. Sebiji macam arwah bapanya.
“Tak payah tunggu hari raya, setiap hari saya terkenang akan dia. Rindukan dia. Mana Pitt pergi?

“Saya reda. Ini semua kuasa Allah. Saya tak tahu nak katakan macam mana lagi. Kekuatan dia yang bagi. Tapi… pedih. Macam mana saya menahan? Tak tahu nak cakap,” ujarnya.

Bercerita soal lebaran, Fauziah berkata, tiada sambutan dan kemeriahan untuk dirinya. Hanya meraikan bersama ahli keluarga terdekat. Mungkin itu caranya untuk memudahkan. Menerima hakikat Pitt sudah tiada.

“Saya tak nak sambut raya. Kalau ada pun masak untuk keluarga sahaja. Pada orang luar saya dah maklumkan, saya tak sambut raya, jadi tak perlu datang,” tegasnya.


Kredit foto: IG Farah

Sementara itu, isteri arwah, Farah Ahmad mengakui masih menyimpan kesedihan sedalam-dalamnya. Namun, baginya biar kesedihan dan kerinduan itu yang menjadi asbab kekuatan.

Namun apa yang pasti, tidak sesekali ibu empat orang anak ini mengabaikan ibu mertua yang juga pelakon hebat, Fauziah Nawi.



“Saya cerai mati. Ibu Fauziah masih lagi ibu mertua saya dan kami rapat sampai sekarang, sama seperti ketika arwah masih ada. Saya dah berkawan lama dengan ibu, bekerja dengan dia dalam satu kumpulan teater. Sampai sekarang saya bantu dia dalam kelas lakonan yang dikendalikannya.

“Tanggungjawab saya untuk menjaga seorang Fauziah Nawi. Dari dahulu saya melakukannya. Alhamdulillah, sampai sekarang. Sekarang saya hanya fikirkan tanggungjawab. Kerja pun cari duit untuk anak-anak, sara hidup, bawa mereka jumpa nenek dia orang. Perkara yang sama.



“Selagi Tuhan bagi kudrat, Insya-Allah apa yang ada dahulu akan terus kekal sampai bila-bila,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 1-5-2022 01:51 PM
alhamdulillahhh. moga perhubungan kekal ke jannah
Quote sukacactus 1-5-2022 02:21 PM
Mereka berkongsi kerinduan pada org yg sama
Mmg patut pun diorang rapat sampai skrg
Quote asamfish 1-5-2022 03:25 PM
Bagus menantu Fauziah Nawi ni.  By the way, dramatis Delimawati pun baru kehilangan anak lelaki dua hari lepas.  Innalillahiwainnailaihorojiun.
Quote beta_carotene 1-5-2022 03:38 PM
best tgk relationship diorg menantu mertua walaupun suami dh meninggal..

kesian fauziah nawi, selalu sgt berlakon drama rashid sibir anak meninggal sbb tragedi, ditakdirkan Allah in real life pun sama juga...
Quote ezacbee 1-5-2022 03:51 PM
Ibu fauziah ni bukan ke ada anak pompuan selain arwah pitt?
Quote takayama 2-5-2022 08:55 AM
moga kekal bahagia kedua2 mertua dan menantu, rindu pd insan yg sama moga mengeratkan lg hubungan yg terjalin
Quote redz85 3-5-2022 07:25 AM
“Saya tak nak sambut raya. Kalau ada pun masak untuk keluarga sahaja. Pada orang luar saya dah maklumkan, saya tak sambut raya, jadi tak perlu datang,” tegasnya.

aku suka ayat ni.. jangan lah nak nyibuk kat rumah orang.. bukan semua tamu pun kita suka nak layan..
Quote babelina 9-5-2022 12:37 PM
Moga Allah sentiasa kurniakn kebahagiaan pada mereka.. amin yra.
Quote Burong_Hantuk 9-5-2022 12:44 PM
al fatihah.....
Quote NFBZCantik 9-5-2022 02:58 PM
Moga ada kebaikan dalam ujian ini
Quote hanihan16 9-5-2022 03:26 PM
fauziah nawi ni anak dia sorang tu je ye?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.142392 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top