CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Berang Dilarang Masuk Restoran Piza Sebab Solo

30-4-2022 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2165| Komen: 4

Seorang wanita berang apabila pengawal keselamatan di sebuah restoran piza menghalangnya makan di premis dengan alasan polisi larangan solo, lapor akhbar Mirror UK.


Menurut wanita yang dirahsiakan namanya, dia berasa sangat terkejut dan dimalukan apabila tidak dibenarkan masuk hanya kerana dia berseorangan.


Gambar hiasan

“Saya baru pulang dari bekerja, penat dan sangat lapar lalu menerima layanan tidak masuk akal seperti ini.

“Sehingga kini, saya tidak faham alasan saya tidak dibenarkan masuk untuk menikmati piza seorang diri,” jelasnya.


Sementara itu, pihak pengurusan restoran tersebut, Ramona, memberitahu bahawa premis berkenaan tidak pernah mengamalkan polisi larangan solo seperti  dinyatakan oleh mangsa.

Pengarah Operasi dan Hubungan Awam Ramona, Andrew Marshall berkata, pihaknya tidak mempunyai alasan untuk menghalang lelaki atau wanita solo daripada menikmati hidangan di restoran mereka.

“Isu ini masih dalam siasatan maka saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berdasarkan kes tertentu,” jelas Marshall.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Robyntris311 30-4-2022 10:14 PM
Oversgttttt lapa lh cmni
Quote zarulnazmi 1-5-2022 01:32 PM
restoran besar ke ada pengawal keselamatan?
Quote SonicSiLandak 1-5-2022 02:12 PM
anak dara etis pemalas tak reti masak sndiri... puihhhhhhhhhhhhh
Quote Nenasketum 2-5-2022 05:52 PM
Semalam asben aku gi BSC, rilek2 seleb botak campoq omputih minum kopi kat restaurant jam 1pm. Dia kata minah bipolar ada skali kat situ tapi malangnya dia bukan jenis snap gambo so no proof.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.054432 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top