CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Thales Mohon Mahkamah Batal Siasatan Sogokan Jualan Kapal Selam Ke Malaysia

30-4-2022 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1693| Komen: 3

Syarikat pertahanan Perancis, Thales telah meminta supaya membatalkan siasatan berhubung dakwaan sogokan ke atas penjualan kapal selam kepada Malaysia yang berlaku pada tahun 2002.


Thales memohon Mahkamah Rayuan Paris membatalkan siasatan terhadap dakwaan itu.

Syarikat Thales menyatakan demikian melalui e-mel kepada agensi berita Reuters pada Rabu lalu.


Kredit foto: Reuters

Baru-baru ini, akhbar Perancis, Le Parisien dan agensi berita AFP melaporkan bahawa seorang hakim Perancis telah meletakkan Thales di bawah siasatan rasmi berhubung tuduhan berkaitan kontrak yang dimeterai oleh Thales Asia dan pembina kapal perang yang dikawal Perancis, DCN International (DCNI) ke atas penjualan tiga buah kapal selam kepada Malaysia pada tahun 2002.


Pejabat Pendakwa Raya Kewangan Perancis berkata dalam e-mel kepada Reuters bahawa syarikat Thales telah diletakkan di bawah penyiasatan rasmi atas dakwaan terlibat dalam rasuah aktif ejen asing dan DCNI telah diletakkan di bawah siasatan rasmi kerana rasuah ejen asing.

Tuduhan itu berkaitan dengan kontrak yang dimeterai oleh Thales Asia dan pembina kapal perang yang dikawal DCNI ke atas penjualan tiga buah kapal selam kepada Malaysia pada tahun 2002.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah Menteri Pertahanan apabila perjanjian perniagaan ditandatangani bagi membolehkan Malaysia membeli dua buah kapal selam kelas Scorpene dan satu kapal selam Agosta daripada Unit Limbungan Tentera Laut Perancis DCN yang kini sebahagian daripada Thales.

Perjanjian itu bernilai AS$1.2 bilion (RM5.22 bilion).


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Robyntris311 30-4-2022 10:23 PM
Over laaaa nape curik airrr
Quote eyansss 1-5-2022 01:32 AM
ni yang terheret sekali kes althantuya tu ke…  yang katanya tukang deal dengan pokjib kononnya…
Quote pyropura 1-5-2022 02:15 AM
Hakim mahkamah purancis tu anak angkat Mahadir ler tuuww, tu yg.sengaje je nak pedajal.Najip

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.155910 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top