CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Biar Polis Settle Kes Vellfire Guna Lampu Strob, Bunyikan Hon

30-4-2022 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4760| Komen: 29

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengenal pasti pemilik kenderaan jenis Toyota Vellfire yang tular di media sosial kerana menggunakan lampu strob dan membunyikan hon hingga mengakibatkan pengguna jalan raya lain terpaksa memberikan laluan kepada kenderaan itu.


Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, tindakan penguatkuasaan akan segera diambil terhadap pemilik kenderaan terbabit kerana pemasangan suar atau lampu strob tanpa kebenaran JPJ adalah satu kesalahan.


Kredit foto: Bernama

Beliau berkata, pemasangan lampu itu tanpa kebenaran adalah salah mengikut Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 serta Peraturan 138 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59 dan boleh diambil tindakan tegas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).


"Kenderaan yang terlibat dengan tugasan kecemasan seperti ambulans, kereta bomba, kenderaan kastam, kenderaan polis, kenderaan penjara dan kenderaan JPJ sahaja dibenarkan untuk mendapat hak laluan kenderaan lain di jalan raya.

Ia dengan cara menyalakan lampu strob dan membunyikan siren serta hon dua nada, dengan syarat pemandu kenderaan itu tidak memandu secara berbahaya, cuai atau tidak bertimbang rasa,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.



Kenyataan itu dikeluarkan selepas JPJ menerima aduan awam melalui aplikasi TikTok berhubung penggunaan suar atau lampu strob oleh kenderaan jenis Toyota Vellfire.

Dalam video tular berdurasi 16 saat itu, kenderaan terbabit yang menggunakan lampu strob bertindak membunyikan hon mengakibatkan pengguna jalan raya yang lain terpaksa memberikan laluan kepadanya. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 30-4-2022 06:41 PM
Sekali dato yg guna lampu strob.....terus setel kes
Quote uori 30-4-2022 07:04 PM
Firenzza replied at 30-4-2022 06:41 PM
Sekali dato yg guna lampu strob.....terus setel kes

kannnnnnnnnn
Quote JunkMail 30-4-2022 07:05 PM
Hari tu aku balik kampung pun ada perdana pakai lampu lip lap biru dok cucuk2 kereta orang potong rapat.. yihhhhhh.. namun aku bersangka baik mungkin adun sakit perut nak balik cepat escort takde.
Quote asamfish 30-4-2022 07:28 PM
Firenzza replied at 30-4-2022 06:41 PM
Sekali dato yg guna lampu strob.....terus setel kes

Baru nak cakap!

Quote manzilla 30-4-2022 08:39 PM
Firenzza replied at 30-4-2022 06:41 PM
Sekali dato yg guna lampu strob.....terus setel kes

100 kali buat 99 kali lepas.
Quote Normabaru 30-4-2022 09:15 PM
No platnye mana..tp klu kasi viral pun xguna..timb menteri itu hari potong double line pun lepas kan
Quote c===8 30-4-2022 09:27 PM
Teringin nak tgk polis jpj amik tindakan sama pemilik velfire tu
Quote mikasa 30-4-2022 09:36 PM
Aku gerenti driver/owner bukan org besha2 ni.
Quote makita 30-4-2022 09:37 PM
JunkMail replied at 30-4-2022 07:05 PM
Hari tu aku balik kampung pun ada perdana pakai lampu lip lap biru dok cucuk2 kereta orang potong ra ...

Mungkin perdana tu mengejar malaikat maut.
Quote tungkai 30-4-2022 10:13 PM
Enforcement lemah. Yg salah laku buat benda camni flip hair aje


Quote Robyntris311 30-4-2022 10:23 PM
Over laaaa nape curik airrr
Quote ~boolean 1-5-2022 01:23 AM
haramjadah lah polis nak settle..malaon hat gini mesti ada connection datuk ke tan sri ke..bagi satu call aja terus lepas..begitulah malaysia..
pastu datang atok tak mati2 tu kata orang miskin jangan dengki dengan orang kaya...hanat..
Quote eyansss 1-5-2022 01:29 AM
yang 4wd haritu siap lalu lawan arus tu ada amek tindakan tak?
Quote zulfahmimaidin 1-5-2022 01:57 AM
biasa yg bunyi hon kereta escort mcm kete2 kerajaan preve atau inspira..bukan kete yg angkut vip atau menteri...nmpk sgt org malaysia kena kencing
Quote pyropura 1-5-2022 02:21 AM
Urang misekin melaya kalau tak suka pegi berambus balik Tungsan.
Quote doubleA 1-5-2022 08:00 AM
Confirm lepas punya, orang selfish macam ni biar Tuhan je balas
Quote kakikuDibibirmu 1-5-2022 08:05 AM
doubleA replied at 1-5-2022 08:00 AM
Confirm lepas punya, orang selfish macam ni biar Tuhan je balas

Tuhan saja yang tahu perasaanku berperang dengan suasana

[youtube]oufDcRLfGmE[/youtube]
Quote imanjannah 1-5-2022 09:18 AM
dah mcm cerita tamil Malaysia punya korupsi
Quote MisXoXo 1-5-2022 05:17 PM
Netz xyah beria..yg pakai kete tu ongkaye..jd mmg akan terlepas..percayalahhh..kalau yg buat hal miskin hina pakai keta axia ja..mmg teruk kaw kaw ko kena..jd xyah beria..undang2 terpakai utk ongmisekin ja..ongkaye xkan terusik apa2 pun..so lenkali xyah beriaaaa

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.062006 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top