CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan 2 Lelaki Lepas Tular Gaduh Tengah Jalan

30-4-2022 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1318| Komen: 1

Dua lelaki yang bergaduh di tengah jalan raya berhampiran Hospital Umum Sarawak (HUS) ditahan selepas video pergaduhan mereka tular di Facebook.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku di Jalan Hospital, kira-kira 2 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 2.30 petang Khamis lalu, berpunca daripada pergeseran kenderaan antara kedua-dua suspek.


Kredit foto: Harian Metro

"Pasukan polis berjaya mengesan dan menangkap dua lelaki tempatan yang terbabit dalam kejadian gaduh itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Ahsmon berkata, semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, saringan ujian air kencing juga mendapati kedua-duanya negatif dadah.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan permohonan reman dilakukan hari ini.

Ahsmon berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

"Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 30-4-2022 05:50 PM
ini kapla bapak kau...ini kapla bapak aku..kalo berani...pijak la...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059529 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top