Amboi, baru berusia tiga bulan dah dapat tawaran menjadi duta produk. Penangan populariti anak kepada Noor Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal sampai bukan jenama bayi pun ada menawarkannya untuk menjadi duta produk.
"Ada jenama yang tawarkan untuk menjadi duta, tapi bukan jenama 'baby'. Namun, mungkin ada perkara yang kurang sesuai. Jadi kita pun tak ada apa-apa yang teruskan lagi. Kalau ada yang sesuai, kena berbincang dengan suami dan tengok keadaan macam mana," katanya kepada Harian Metro. Dalam masa sama, pasangan selebriti itu enggan mendedahkan bila wajah Bilal akan ditunjukkan kepada umum.
"Macam suami saya cakap, satu hari nanti akan dilihat juga. Kita pun ada aktviti luar dan sebagainya. Cuma, buat masa sekarang kita nak bagi ruang anak kecil itu membesar dulu. Bagi kuat dulu, luar dan dalaman," katanya. Malah, Neelofa dan PU Riz juga tidak bercadang membuka akaun Instagram untuk Bilal. "Wujudkan Instagram, tak. Kalau ada sekarang ini ia bukan yang rasmi daripada kita. Setakat hari ini belum lagi. Kebanyakan peminat saja yang 'repost'," katanya. |
MatDeghem replied at 30-4-2022 04:59 PM
Agak2 produk ape yg offer Billie ain grey jadi duta? Bukan produk baby.... Jadi org besor. Lancome? ...
cicicumel replied at 30-4-2022 05:08 PM
Hebat Bilal.. Manakala anak seteru, dpt offer x?
kakasotong2 replied at 30-4-2022 05:15 PM
Ni akaun siapa pula yg buat? Siap ummi & geng2 sskjp follow belaka kecuali ayoh bilie
anony-mous replied at 30-4-2022 05:02 PM
Psiko loser admin lofa.world & yg follow page tu
Obses dgn ank org lain yg muka pon xtau mcm ...
missHaidiD replied at 30-4-2022 05:41 PM
Tu ig recycle cuols. Dia tukar nama je. Ig biz dia jgk.
SonicSiLandak replied at 30-4-2022 05:08 PM
romeo and juliet
asmidar loves ali
bilal loves fatimah
Mulotkoyak replied at 30-4-2022 05:51 PM
Bayangkan bilal berjodohan dgn fatima... OMG
ADVERTISEMENT