Ketika Ramadan bakal meninggalkan kita beberapa hari sahaja lagi, umat Islam terus melakukan pecutan terakhir bagi melipatgandakan amalan masing-masing.
Bagi personaliti dakwah, Ebit Lew yang terkenal dengan melakukan kerja-kerja amal, kunjungannya ke Jakarta, Indonesia bagi menyantuni golongan gelandangan membuatkan air matanya gugur. Perasaan itu diluahkannya selepas berjaya membuka pusat penempatan buat golongan gelandangan di negara jiran itu. Lebih manis apabila sekumpulan pemuda berimej punk dan dipenuhi tatu yang ditemui Ebit di sana turut dijadikan sukarelawan membantu golongan gelandangan untuk diberikan perlindungan dan tempat berteduh.
"Hari air mata bahagia. Hadiah Allah pada malam 27 Ramadan. Syukur kami buka rumah singgah untuk gelandangan yang hidup di jalanan di Jakarta Timur. "Rumah tiga tingkat. 20 anak muda punk bertatu yang ditemui sebelum ini kami jadikan sukarelawan yang akan menguruskan rumah ini. "Mereka juga akan masak secara percuma untuk makan malam setiap hari kepada gelandangan yang tidur di sini," tulisnya menerusi satu perkongsian di Facebook, pada Jumaat. Ebit berkata, pusat penempatan itu mengutamakan golongan ibu bersama anak-anak kecil dan orang-orang tua untuk bermalam. Loading FB Post... "Kami juga akan aturkan kelas pengajian solat dan al-Quran untuk anak jalanan ini," katanya. Apa yang membuatkan Ebit lebih sebak adalah melihat anak-anak muda yang dibantunya itu menunjukkan kerajinan mereka. "Paling sebak apabila tengok anak muda punk ini semua rajin dan akhlak mereka baik. Apabila nak balik semua menangis peluk saya. "Katanya 'kami tak pernah rasa ada orang menyayangi kami begini'. Mereka tak sabar nak berniaga sedikit dan nak ubah cara mencari rezeki. "Kami juga akan terus membantu mereka," tambahnya.
|
seng_kuseng replied at 29-4-2022 04:19 PM
kalau nak cuci duit senang agak nya, konon2 bawak sekian2 amount pergi oversea lepas tu bukan sapa2 ...
kakigebang replied at 29-4-2022 06:26 PM
byk sgt setan dalam perut korang ni, orang buat sedekah jariah pun dicaci
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2022 09:17 PM
Ustaz video zakar membuka rumah zakarta
dani-rox replied at 29-4-2022 04:55 PM
menangis, terharu, sayu, air mata, sebak... what else is new?
ADVERTISEMENT