CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iqbal Zulkefli Dah Sedia RM100 Ribu Duit Raya, Kalau Nak Kena Jumpa Depan-Depan

29-4-2022 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2770| Komen: 19

Ahmad Iqbal Zulkefli baru ini membuka ruang kepada pengikutnya di media sosial untuk bertanya apa saja soalan kepadanya.

Menariknya dalam beberapa soalan yang ditanya kepada usahawan muda ini, dua daripada soalan yang dijawab oleh Iqbal mendapat tumpuan ramai. Usahawan tempatan ini mendedahkan dia tidak mahu lagi memberi pinjam wang kepada sesiapa.


Foto: IG

Pengalaman lampau membuatkan Iqbal berasa serik dan tidak mahu melalui keadaan sebegitu lagi. kerana dalam ramai-ramai yang meminjam hanya tiga orang yang bayar semula wang yang diberi pinjam tersebut.

“Tuan sudi pinjamkan duit?” tanya salah seorang pengikut


“Saya selalu bagi orang pinjam duit. Dalam 20 orang yang berhutang, cuma 3 orang yang bayar. Malah, saya pula yang dikatakan macam-macam bila minta hutang. Minta maaf, saya sudah serik.” jelasnya.



Dalam pada itu, Iqbal juga mendapat mesej pertanyaan dari seorang pelajar yang ingin meminta duit raya kepadanya. 

Mendapat soalan seperti itu, Iqbal mendedahkan dia menyediakan RM100 ribu duit raya pada tahun ini dan sesiapa yang ingin mendapatkan duit raya darinya perlu berjumpa secara berdepan.


“Nak duit raya untuk pelajar macam saya” tulisnya.

“Tahun ni saya dah sediakan RM100,000 untuk duit raya. Saya tidak kira usia, kalau rasa nak bagi, saya bagi je. Cuma kena jumpa depan-depan bukan DM atau transfer.”umumnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 29-4-2022 03:19 PM
Kalau Nak, Kena Jumpa Depan-Depan ATAU Kalau Nak Kena, Jumpa Depan-Depan?
Quote azie5zoe 29-4-2022 03:40 PM
Takperlah..terima kasih.
Quote seri_mawr 29-4-2022 03:50 PM
dia ni bisness apa ya..?
Quote SonicSiLandak 29-4-2022 03:51 PM
kata jutawan... takkan rm100k je kot?
Quote Note8687 29-4-2022 05:34 PM
Dah la kau iqbebal. Org lain keluar 2 juta kot buat raya,ko keluar 100k je, kata kaya duit tak habis.
Quote fadz84 29-4-2022 05:41 PM
Note8687 replied at 29-4-2022 05:34 PM
Dah la kau iqbebal. Org lain keluar 2 juta kot buat raya,ko keluar 100k je, kata kaya duit tak habis ...

Perghhh bawak tukaran cash 2 juta ke? Berani betul..
Quote Note8687 29-4-2022 09:21 PM
fadz84 replied at 29-4-2022 05:41 PM
Perghhh bawak tukaran cash 2 juta ke? Berani betul..

Itulah, mmg berani la siap ada video bagai. Tak heran pun bab menayang tu kalau geng2 founder sskjp ni.
Quote rosannazmia 29-4-2022 09:40 PM
Thanks dik iqebal. Pemurah sungguh anda ni, muga diberkati kehidupan mu dan dipertemukan jodoh , dik iqeba ni sejebik dgn bdk praktikum bwh hakak.. bahasanya gituhh tersusun sampai hakak baca messages heols terus teringat iqeba ni..fenin hakak
Quote kitmal 29-4-2022 09:56 PM
banyaknya duit..rupa rupanya kat malaysia ni ramai jer yang kaya.....saja tak mahu tunjuk saja duit berkepok tu
Quote Perawankota 30-4-2022 05:57 AM
Ermm perlu ke pukul canang satu dunia
Quote jijilaaa 30-4-2022 11:33 AM
mana dia dpt duit banyak2 tu? apa business dia?
Quote Harley_Quinn 30-4-2022 03:31 PM
Note8687 replied at 29-4-2022 05:34 PM
Dah la kau iqbebal. Org lain keluar 2 juta kot buat raya,ko keluar 100k je, kata kaya duit tak habis ...

Br nk tepek yg ni. Hahahaha
Quote Mulotkoyak 30-4-2022 05:53 PM
Gemokssss and pendekssssa
Quote chocobozhere 30-4-2022 08:23 PM
Baru ni ternampak dgn mamat ni kat Bangi Square... Tengok muka macam kenal, rupanya dia. Haha. Ada 2 org je sibuk nak ambil gambar tp orang lain buat tak heran je. Org busy nak bukak pose..
Quote matjerk 30-4-2022 08:42 PM
Hadap sgt lah org nak jumpa kau
Quote buapakperut 30-4-2022 09:28 PM
depa ni memang sembang pasal duit ja ka
Quote Rogue98 30-4-2022 11:52 PM
Sampai skrg aku tak tau apa tujuan kewujudan dia ni...
Quote beta_carotene 30-4-2022 11:57 PM
Money laundering
Jaga2 budak
Quote Hoola 1-5-2022 12:10 AM
Duit raya 2juta ka, 100k ka..ikutsuka la....ermmmmmm

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.238639 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top