CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiap Hari Menangis Di Rumah Orang Tua, Dah 30 Tahun Tak Pernah Jumpa Keluarga

29-4-2022 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4132| Komen: 27

Kuantan: "Saya tidak pernah jemu dan berputus asa berdoa semoga penantian lebih 30 tahun untuk bertemu keluarga menjadi kenyataan suatu hari nanti.

"Walaupun peluang agak tipis namun, saya tetap menanti detik manis itu," kata Zaki Abdullah, 51.

Dia yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan antara individu yang menumpang berteduh di Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Seri Permai, Taman Tas, di sini.

Foto: Harian Metro

Menurut Zaki, sebelum ini dia sudah banyak kali cuba menjejak ahli keluarga di sebuah perkampungan di Kota Bharu namun tidak berhasil menyebabkannya terpaksa menjadi penghuni di rumah kebajikan itu.


"Setiap kali menjelang Aidilfitri saya dihimpit rasa rindu dan sedih, selama 30 tahun saya memendam rindu namun hingga kini masih tidak berpeluang untuk menatap wajah ayah, ibu dan adik-beradik.

"Saya tidak pasti mereka masih hidup atau sebaliknya, setiap malam saya akan menangis memikirkan entah bila dapat bertemu semula ahli keluarga atau waris kerana pelbagai usaha sudah dilakukan bagi mengesan mereka tetapi hampa.

"Saya tidak pasti berpeluang untuk bertemu mereka masih ada atau sebaliknya, kami semua sudah tua mungkin ada yang sudah meninggal," katanya dalam keadaan sayu.

Zaki berkata, hidup sebatang kara begitu memeritkan kerana terpaksa bertarung dengan perasaan rindu terutama ketika mendengar takbir raya.

Katanya, dia menghuni rumah kebajikan itu saya dihantar oleh pihak Hospital Pasir Mas, Kelantan kerana gagal mengesan waris dan ahli keluarga.

Rakannya, Abdullah Mohamad, 60 berkata, sebelum ini dia tinggal di rumah terbiar dalam semak di Batu Lapan, Jalan Gambang, di sini, sebelum menghuni rumah kebajikan itu lima bulan lalu.

"Sudah lebih 30 tahun saya tidak menatap wajah insan tersayang dan menyambut lebaran bersama mereka, saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan memendam perasaan kerana tidak tahu bila dapat bertemu keluarga.

"Menitis air mata saya apabila mengenangkan nasib malang diri ini, saya tidak pasti sampai bila berada di sini, hingga akhir hayat atau sebaliknya. Saya berharap dapat bertemu adik beradik sebelum menutup mata," katanya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Sementara itu, Abdul Syukur Abdul Kasim, 57 berasal dari Perak berkata, dia yang sudah tiga tahun menghuni rumah kebajikan terbabit mengakui kerinduan kepada tiga anak sudah tidak tertahan.

"Saya tidak pernah menyalahkan takdir apabila terpaksa tinggal di rumah kebajikan ini selepas bercerai empat tahun.

"Adik beradik menghantar ke rumah ini kerana tiada siapa yang ingin menjaga tetapi saya percaya setiap kejadian ada rahmat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nnoor2 29-4-2022 03:18 PM
Thread ni mmg menakutkan aku nk baca lepas ni...

Apa pun moga hidup kita semua dipermudahkan Allah...
Quote jas7512 29-4-2022 03:23 PM
Ntah2 kau tu perogol..pencabul..penagih dadah yg menyusahkan keluarga sbb tu kn buang
Quote itik_magic 29-4-2022 03:28 PM
ye ke 30 tahun. kalau betul masa umur 21 tahun dah x jumpa keluarga. buat apa masa umur tu sampai x jumpa keluarga. hmmmmm.........
Quote monreyes 29-4-2022 04:00 PM
pelik2 btol citer dorang ni...citer x abes..wartawan pun samdol tanyalah pehal terpisah...
Quote Artemesiaa 29-4-2022 04:05 PM
Cerita tak habis masih tergantung macam mana nak kesian atau nak bantu
Quote chandrahusin 29-4-2022 04:26 PM
dh tua mmg kena tinggal sorang pun
tak kira la tinggal kat mana
yg ada anak pun
balik sesekali je jenguk
Quote Samerosie 29-4-2022 04:46 PM
Baru 51 tahun dah duduk rumah orang tua? Takanlah sorang pun tak kenal dia kat kg mak bapak dia. Mesti ada cerita lain.
Quote Suchi 29-4-2022 06:34 PM
Mcm muda lagi umur dia tapi ntahla.
Duk umah org tua boleh ada henpon tak ye?
Quote gigahertz 29-4-2022 10:30 PM
Nnoor2 replied at 29-4-2022 07:18 AM
Thread ni mmg menakutkan aku nk baca lepas ni...

Apa pun moga hidup kita semua dipermudahkan Allah. ...

i ada sorang jugak macam ni ex-bapa i.
tapi kitaorang semua masih ingat lagi masa mak bapak i bercerai
mak i tak habis edah dia dah kahwin lain....
dia xde usaha nak rujuk ke apa ke terus kahwin lain.
dia kahwin tu pulak dengan janda anak 8 baya baya mak i.
sekali Allah nak tunjuk kuasa. dengan bini baru tahan 5 tahun je
sebab bini baru ada masalah personaliti dissorder.
tetiba mengilai. tetiba gila dia datang....

sepanjang 5 tahun bapa i kahwin dengan ibu tiri tu
i tak pernah panggil pun ibu tiri ke ibu ke mama ke setiap kali jumpa.
itu satu hal. hal no 2 . bpak i di gi jual tanah kat kg yang arwah atuk punya.
lebih menyakitkann hati tanah tu 100 meter dari kg mak i.
I dengar cerita bapak i dah jual tanah tu kat orang lain

sekarang i tengok rumah kat kg tu dah jadi rata.
Quote mrsLucky 29-4-2022 10:37 PM
Zaki 51 satu tahun dah duduk rumah orang2 tua...oku ker.? Kalau cukup sifat kenapa tak kerja? Boleh kot jadi Security guard yang ada hostel disediakan.
Quote Belibis 29-4-2022 10:54 PM
chandrahusin: dh tua mmg kena tinggal sorang ...

Betul tu..tapi sekurang2nya kalau duk umah sendiri lagi baik.ada jugak anak2 jenguk setahun dua kali.
Quote jazaa100 29-4-2022 11:11 PM
gigahertz replied at 29-4-2022 10:30 PM
i ada sorang jugak macam ni ex-bapa i.
tapi kitaorang semua masih ingat lagi masa mak bapak i berc ...

Bila baca komen "ex-bapa" ...teringat sorang forummer dulu dia panggil ayah dia ex-bapa....bila aku tgok, iyalah  kamu lah tu.....

Geram kan dah tua² buat pangai.....
Kdg² org ni nk padankn muka pasangan, tapi akhirnya dia yg terpadan muka.....

Tapi kamu adik beradik baik....masih jaga dia wlupun mcm² dia buat...
Quote shernazz 29-4-2022 11:55 PM
Iols pernah ke rumah org tua di sg long..
Kebanyakannya mmg takde waris
N.depa.ada.servis yang boleh tinggalkan parents seketika.jika takde yang jaga kalau anak2 nak.ke luar negara...
Bilik tu sangat cantik.
Dan.berbayar ya..
Cuma..servis tu jarang digunakan sebab.tak.ramai yang tau..
Quote HappyGumbira 30-4-2022 12:47 AM
arwah pakcik iols pun duduk sini.jagaan bagus. sentiasa update waris. tp xsampai sebulan meninggal. bukan xde anak2 tp mayb dh bcerai lama sgt. kami pun xtahu dia pernah kawen ada anak (sepupu iols) sbb dia xpenah cerita. dpt tahu pun kerani tpt kerja dia bgtau ada perempuan dtg office minta sign wali nikah. ajak balik kg tggal dgn kami dia xmahu. tpaksa hantar dia ke situ sbb kesihatan dia makin merosot & dia hdp sebatang kara. kat situ ada mcm2 back ground. dah tua2 pun ada yang masih btumbuk bila xkena cara dia
Quote kaoru44 30-4-2022 05:51 AM
51 thn? Mcm muda lg je utk duduk dkt rmh org tua..
Quote Perawankota 30-4-2022 05:59 AM
Actually yang duduk rumah orang2 tua ni, kena bayar ke x? Sebab pernah baca, kalau kaum2 sepet, ada yang hantar parents dorg duduk umah orang2 tua bayar bulan2..
Quote mrsamz 30-4-2022 06:17 AM
Perawankota replied at 30-4-2022 05:59 AM
Actually yang duduk rumah orang2 tua ni, kena bayar ke x? Sebab pernah baca, kalau kaum2 sepet, ada  ...

Tengok jenis yg swasta kene bayar..paling murah sebulan dalam rm2k lebih..
Ada jugak yg buat konsep madrasah..bayar sekali lump sum rm30k lebih..dapat sebijik rumah kecik dlm kwsn madrasah..duduk la situ sampai bila2 a.k.a meninggal..
Mana yg free tu mayb under NGO kebajikan atau sponsor kerajaan
Quote rikiruj 30-4-2022 07:58 AM
itik_magic replied at 29-4-2022 03:28 PM
ye ke 30 tahun. kalau betul masa umur 21 tahun dah x jumpa keluarga. buat apa masa umur tu sampai x  ...

Aku pun sama congak macam ni.. sama ada dia lari atau kena halau masa umur 21.. umur 51 tak lah tua sangat especially kalau tak comorbid.
Quote Lily_Elizabeth_ 30-4-2022 08:10 AM
rikiruj replied at 30-4-2022 07:58 AM
Aku pun sama congak macam ni.. sama ada dia lari atau kena halau masa umur 21.. umur 51 tak lah tu ...

51 untuk orang normal masih beranak pinak dan kahwin lain dan masih tegang muda contoh Che Tahhh Datin Ezurien Eizlan Eusoff dan Sis Seila Rusly .

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.450659 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top