Lepas satu-satu dugaan dihadapi penyanyi dan pelakon, Lufya Omar. Dalam kemas kini Instagram semalam, Lufya mendedahkan begnya dicuri. Dia bagaimanapun bernasib baik apabila ia dipulangkan semula kepadanya. Lufya membuat pendedahan itu menerusi hantaran meluahkan rasa gembira apabila anaknya bersemangat menemaninya solat di masjid. "Beberapa hari ini rasa bahagia sangat. Ada ujian tetapi Allah mudahkan. Beg kena curi tapi ada hamba Allah pulangkan semula.
"Ada orang yang buat perangai buruk terhadap kami. Susah betul la nak jalankan tanggungjawab! "Adoilah jenis manusia ni. Dengan cepat Allah hadiahkan pelbagai nikmat terhadap kami. Alhamdulillah," tulisnya bersama video dia dan Haura menikmati juadah berbuka di sebuah masjid di ibu negara. Terdahulu, Lufya mendakwa telefon bimbitnya yang diguna untuk mengambil tempahan Luvyacakes dicuri. "Kami dapat kembali sim kad, tetapi ada tempahan yang tak dapat direkodkan," ujarnya. Alhmdulillah, orang yang sabar itu indah nikmatnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT