Bertalu-talu Aliff Syukri kena hentam gara-gara lagu Kelepuk Raya. Tak terkecuali Damien Mikael juga tampil bersuara dan memuat naik status di Instagramnya berkenaan isu ini.
"Nak memondan tu je. Coming out the closet gitu." Terbaru di IG Story, Aliff Syukri nampaknya bengang dengan tuduhan tersebut. Dia memuat naik perbualannya dengan peguam, nak saman orang yang menuduhnya bukan-bukan sebanyak RM1 juta! “Sila padam posting anda yang melampau dalam masa 24 jam sebelum surat saman saya hantar kepada anda.. Siapa makan cili dia terasa pedas," tulisnya. Ramai yang dapat meneka individu yang dimaksudkan adalah Damien Mikael. “Sila buat permohonan maaf ya terbuka awak tulis. Nama saya ya.. Sila tag mamat tu.. 24 jam tak ada, tunggu peguam saya buat kerja.” “24 jam tiada permohonan maaf tunggu surat sampai ya.. Saya senyap tak bererti saya senyap. "Dan pastikan buat permohonan maaf berserta video.. Kalau tak, saman tetap berjalan.. Lain kali nak mengutuk pun guna otak..” Okay kita tunggu episod seterusnya dalam drama ini. Mungkin sambung nanti, orang sibuk nak raya dia sibuk nak saman menyaman. Tak gitu? -CARI |
ADVERTISEMENT