CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Razali Gugup, Takut Berdepan Dengan Ogy Ahmad Daud

29-4-2022 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1939| Komen: 2

Meskipun bukan baharu dalam bidang lakonan, pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui, gugup disatukan dengan bintang hebat, Fauziah Datuk Ahmad Daud menerusi drama terbaru, Wan Senja.


Nabila berkata, dia banyak bertanya pada barisan pelakon mengenai pelakon yang mesra disapa Kak Ogy itu disebabkan rasa takut, namun bersyukur Kak Ogy sangat mesra dan mudah memberi kerjasama.

Foto: IG

"Saya sudah bertanya macam mana bekerja dengan Kak Ogy sebelum masuk set penggambaran disebabkan sangat takut.

"Namun, Kak Ogy sangat peramah dan hanya serius ketika bekerja. Jadi, apabila bekerja, kita juga harus serius. Sebelum masuk lokasi, saya berlatih dialog beberapa kali supaya terbiasa dengan dialog, penyampaian dan tona suara.


"Jadi, ini adalah penghargaan apabila diberikan peluang bekerja dengan Kak Ogy. Saya belum berkongsi pentas atau bergandingan dalam naskhah bersama Kak Ogy. Jadi, perkara ini sudah tentu akan saya masukkan dalam profil seni saya," katanya kepada BH Online.



Tambah Nabila, dia juga banyak menuntut ilmu dengan Kak Ogy dan sangat berterima kasih kepada Primadona Filem Melayu itu kerana banyak membantu mendalami watak.

"Apabila dapat bekerja dengan Kak Ogy, saya dapat lihat caranya bekerja. Antaranya, penyampaian dialog, semuanya saya jadikan ilmu untuk digunakan menerusi lakonan akan datang.

"Ada satu adegan yang agak sukar untuk dijayakan di mana saya perlu bersedih, tetapi dengan bantuan Kak Ogy, saya dapatkan rasa tenaga dan mampu bersedih.

"Jadi, saya harap penonton juga dapat rasa kesedihan dan kesakitan yang saya mahu sampaikan, insya-Allah," katanya.

Nabila ditemui pada sidang media drama Wan Senja secara virtual, baru-baru ini.



Mengulas lanjut, Nabila berkata, dia membawakan watak berbeza menerusi drama Wan Senja, berbanding drama lain.

"Watak dalam drama Wan Senja sangat berbeza. Sebelum ini, saya selalu menjayakan drama romantik komedi dan naskhah menggembirakan, namun, kali ini saya menjayakan watak isteri 'queen control' yang sangat kejam.

"Saya kena menghidupkan watak lebih jahat daripada suami lakonan Ali Rezark. Bayangkan, dia jahat, tetapi saya kena lagi jahat. Jujurnya, ia satu cabaran yang sangat besar buat saya," katanya.



Drama empat episod ini akan ditayangkan pada 3 hingga 6 Mei depan, jam 11.30 pagi di TV3.

Ia turut dibintangi oleh Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana dan Aniq Suhair. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 29-4-2022 01:39 PM
tkda sapa ke bukak tred ciknab chipmunks ni belanja tapak unta dlm video lazada raya tu?
Quote Nenasketum 2-5-2022 05:41 PM
Hakak ko panggey Ogy? More like Nek Ogy la vongok. Selamanya aura yillek dia ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.093408 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top