Penyanyi Sharifah Zarina berkongsi khabar duka bapanya Wan Hasan Syed Jamil Alqadiri Aijilani menghembuskan nafas terakhir pada Khamis.
Sharifah berkata, bapanya yang menetap di Kuching, Sarawak meninggal dunia selepas rebah ketika solat di masjid. Penyanyi lagu Langit Ke Tujuh itu berkongsi perkara tersebut di media sosial dan memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan Allahyarham.
“Bapa saya berada di masjid untuk menunaikan solat Isyak dan Terawih, arwah rebah ketika solat sunat," ujarnya. Ramai rakan artis turut mengucapkan salam takziah buat keluarganya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT