CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menang Pilihan Raya Presiden, Macron Dihujani Tomato

29-4-2022 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1790| Komen: 9

Seorang penunjuk perasaan bertindak membaling buah tomato ke arah Presiden Perancis, Emmanuel Macron ketika beliau melakukan tinjauan pertama selepas memenangi pilihan raya Presiden, lapor portal berita MailOnline kelmarin.


Macron yang diundi semula dalam pilihan bulan ini sedang menemui penyokongnya di sebuah pasar di Cergy, barat laut Paris apabila beliau menjadi sasaran.


Pengawal keselamatan melindungi Macron menggunakan payung bagi mengelakkannya daripada terkena serangan buah tomato. – AFP

Meskipun tomato yang dilempar tidak mengenai pemimpin itu, ia menimbulkan huru-hara dalam kalangan pasukan keselamatannya ketika mereka cuba melindunginya.


Pengiringnya membuka sekaki payung bagi melindungi Macron daripada ‘hujan’ tomato, manakala beliau menutup bahagian atas kepala menggunakan tangannya.

Beliau juga didengari berkata “ini tidak serius,” sebelum dibawa pergi oleh pasukan pengawal peribadinya.

Macron mengalahkan pesaingnya, Marine Le Pen dengan peratusan undian sebanyak 58.5 peratus berbanding 41.5 peratus yang diperoleh Le Pen pada pilihan raya pusingan kedua Ahad lalu. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namr 29-4-2022 12:11 PM
Choi, baling telur tembelang la
Quote Jajuli 30-4-2022 04:02 PM
Lawan dia le pen tu kalau menang nak tangkap orang bertudung, not bad kalah  tipis je, ramai juga yg sokong dia
Quote BawangCaramel 30-4-2022 06:36 PM
IMG_20220428_074558_442.jpg IMG_20220426_051434_325.jpg
Quote SonicSiLandak 30-4-2022 06:53 PM
bangsa etis perancis ni suka sangat galak rakyat dia berbogel.. lepas tu menggalakkan bangsa2 gay pondan pedo dia menayang dpan kanak2.. jijik...

Quote Dwdrum 30-4-2022 06:56 PM
Sedang puasa pun gigih google gambar bogel
Quote AbukRokok 30-4-2022 09:35 PM
tomatoman
Quote gideoncross 2-5-2022 12:03 PM
SonicSiLandak replied at 30-4-2022 06:53 PM
bangsa etis perancis ni suka sangat galak rakyat dia berbogel.. lepas tu menggalakkan bangsa2 gay po ...

Klau uol tngok show France Got Talent, pun bnyk yg asek buat naked punya persembahan.
Quote zorrro_03 2-5-2022 02:21 PM
dalam perundangan mereka, lempar tomat0 atau telur atau yang sepertinya tak salah ke?  maksud saya tidak boleh disabitkan menyebabkan kederaan jika di dakwa?  
Quote zamzam 2-5-2022 06:46 PM
Dorang patut duk amazon sana jumpa sekufu yg mmg bogel.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.141591 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top