CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

15 Tahun Tak Keluar TV, Helmi Gimmick Masih Wujud

29-4-2022 12:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4583| Komen: 21|Original author: Tatod


Penghibur dan pengacara Helmi Harun, 62, yang pernah popular dengan program Famili Ceria tiba-tiba sahaja sepi, seolah-olah hilang daripada radar arus hiburan tanah air.

Anak seni yang popular dengan nama pentas Helmi The Gimmick itu sebenarnya masih ada dalam industri seni walaupun sudah 15 tahun tidak muncul di kaca televisyen.

Memetik laporan Getaran, Helmi banyak menerima undangan dan pengacara bagi memeriahkan majlis tertutup yang tidak membabitkan pihak media.

Kata Helmi, sepanjang tempoh 'kehilangan' itu, ia bukanlah disebabkan ketiadaan tawaran atau enggan terbabit dengan mana-mana stesen televisyen.


"Saya masih ada. Saya tidak hilang. Saya lebih fokus pada acara hiburan makan malam, majlis tertutup dan korporat jika dibandingkan dengan membuat kemunculan di arus perdana.

"Saya juga banyak melakukan sesi kaunseling, kursus motivasi dan latihan keusahawanan sepanjang 15 tahun tak muncul di kaca televisyen," katanya.

Pada 2019, Helmi menerima pengiktirafan apabila dianugerahkan gelaran Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sabi, Perancis atas pengalamannya selama lebih 20 tahun dalam bidang pemasaran.


"Anugerah yang diberikan itu bukan seperti doktor falsafah yang belajar di universiti. Ia diberikan berdasarkan pencapaian dalam bidang tertentu. Saya aktif dalam bidang pemasaran jadi nama saya telah dicalonkan.

"Bagaimanapun, sejak 2019 sehingga sekarang saya tidak gunakan gelaran itu sebab tiada tempat yang saya rasakan sesuai untuk bawa gelaran tersebut. Takkan saya pergi 'show' orang nak panggil saya Doktor. Tak sesuai," katanya yang baru-baru ini dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat Smart Bio. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 29-4-2022 12:50 PM
Apa kata survey!.. lama xtengok game show camni..
Quote suka2 29-4-2022 01:02 PM
Ok la buat comeback ada pencapaian yg baik. Tak la buat comeback ada anak binti abdullah pulak sekeje lak netz berteka teki...
Quote kucingitam 29-4-2022 02:08 PM
best la game show dulu2.. elok buat bnyk gameshow dari sibuk jual barang.
ritu tgk roller kata..tak best sgt...mcm fake je pun ada..hmm
Quote kakakko 29-4-2022 02:17 PM
Terngiang2 lagi suara dia yg serak2 basah tu.. Iols kalau dengar suara orang cam dia ni mesti sendiri yg rasa nak berdehem.
Quote SonicSiLandak 29-4-2022 02:22 PM
puncanya maki Tun M masa perhimpunan reformasi... video tu pun dah takde dah.. itu hari ada kat youtube... masa PH naik pun tk dpt kuar TV.. padahal dia ni tegar DSAI ni...
Quote chandrahusin 29-4-2022 02:51 PM
kat channel 113 ada HMI dulu2 dia host
baru je aku tengok & tertanya psl dia
oo ada je lagi ye
Quote sleepandream 29-4-2022 08:00 PM
SonicSiLandak replied at 29-4-2022 02:22 PM
puncanya maki Tun M masa perhimpunan reformasi... video tu pun dah takde dah.. itu hari ada kat yout ...

kekdahnyer.....
tp tok nasir dolu pun anti tun jugak kan...
tak kena ban pulok
Quote SonicSiLandak 29-4-2022 08:10 PM
sleepandream replied at 29-4-2022 08:00 PM
kekdahnyer.....
tp tok nasir dolu pun anti tun jugak kan...
tak kena ban pulok

pakcik helmi ni ada video... rekorded dlm cd reformasi... ada kat youtube itu hari... dah takde dah rasa...saya sempat tengok... dalam perhimpunan dia sambil pegang sepanduk jerit "mahathir u get lost"... even masa tu belum famili ceria lagi... sbb dari blogger PKR sndiri cerita... lepas tu KDN dapat tau tengok video la kot...tu yang tiba2 tukar chef wan tu... ingat tak??? i feel u goooooooooood..

lepas tu pakcik helmi nk join senario lepas yassin out... senario mmg kerek la... dalam melodi 4 orang tu kata "no way!!!" ramai2....  tak lama... lepas apek popular keluar senario... terus senario rating jatuh...

tak silap ada gak pakcik helmi ni berlakon drama lepas2 tu.... rupanya aktif MC sampai sekarang... ok la.. good for him...

moralnya: orang Melayu jngn out loud psl politik dalam bisnes...dan..  jgn kerek masa berjaya.. Allah adalah Yang Maha Pemberi Rezeki...


Quote sleepandream 29-4-2022 08:32 PM
SonicSiLandak replied at 29-4-2022 08:10 PM
pakcik helmi ni ada video... rekorded dlm cd reformasi... ada kat youtube itu hari... dah takde da ...

ooo sebab cd tu la ye... yelah dolu kan mana ada viral2 youtube ni semua...

Quote SonicSiLandak 29-4-2022 08:39 PM
sleepandream replied at 29-4-2022 08:32 PM
ooo sebab cd tu la ye... yelah dolu kan mana ada viral2 youtube ni semua...

ye dream.. zaman reformasi dulu pas ngn keadilan guna cd dan kaset...bdk2 uni diedarkan artikel2... pas ada harakah.. sbb tu dulu bdk2 sekolah rendah pun selamba ckp psl politik... huhu
Quote September14 29-4-2022 09:14 PM
Yg aku ingt dia ni x lawak
Quote slyfynx 29-4-2022 09:21 PM
Dok cari jg info pasal SABI University ni.
Sbb agak pelik jg dapat doktor kehormat tibe2 kan.
hmmmm...
Quote inspektoremos21 29-4-2022 09:34 PM
Heols pernah join Raja Lawak kan masa batch zizan johan dulu
Quote aemon 30-4-2022 04:36 AM
Tersedak nenek persimpangan dilema
Quote anony-mous 30-4-2022 11:01 AM
SonicSiLandak replied at 29-4-2022 02:22 PM
puncanya maki Tun M masa perhimpunan reformasi... video tu pun dah takde dah.. itu hari ada kat yout ...

Kekdahnya... patut la terus pupus. Retis2 ni xpayah la cmpur politik
Quote jijilaaa 30-4-2022 11:10 AM
dia sign agreement dgn company i untuk jadi mc setiap tahun punya annual dinner untuk tempoh masa tertentu ( berapa tahun tu i rahsiakan ye). masa tu company i cuba nak tukar kepada nabil...tp x boleh sbb terikat dgn kontrak.

dah boring tiap2 tahun muka yang sama jadi mc

6 taun dah i kerja kat company ni...so dah 6x annual dinner muka dia..agak2 dia sign agreement jadi mc annual dinner comp i berapa tahun??

Quote SonicSiLandak 30-4-2022 12:38 PM
anony-mous replied at 30-4-2022 11:01 AM
Kekdahnya... patut la terus pupus. Retis2 ni xpayah la cmpur politik

kena gak campur noni... cari makan... bkn semuanya popular org suka sampai tua... masalah nya pakcik helmi ni kategori fighter...
Quote Juminten 30-4-2022 03:35 PM
Dia buat bisnis MLM Dari CNI dengan entah APA product . Aku pernah kena maki dengan dia dekat WhatsApp entah sape bagi nombor Aku kat dia . Dia promo barang MLM dia Jual kat Aku dia kata boleh sembuhkan diabetes .Aku pun be like ????.. Aku cakap mana Ada diabetes boleh sembuh Dan hilang Lepas Tu dia carut Aku dia noreen Kan Aku dia kata ni lah ajak jadi kaya tak nak
Quote SonicSiLandak 30-4-2022 04:41 PM
jijilaaa replied at 30-4-2022 11:10 AM
dia sign agreement dgn company i untuk jadi mc setiap tahun punya annual dinner untuk tempoh masa te ...

taraf riddler la cipher kau ni jiji

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.049330 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top