"Sebenarnya, pernah terdetik untuk buat gimik tapi saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Awal masuk industri, emak tak berapa setuju sebab risaukan hal gosip tapi itulah asam garam industri dan saya tak boleh lari daripadanya.
"Kalau nak buat gimik, saya fikir banyak kali sebab ada kelebihan dan kekurangannya. Kadang-kadang, lain yang dirancang tapi lain pula yang difahami oleh netizen. Setiap orang ada pendapat masing-masing dan kita tak dapat nak kawal mulut semua orang," katanya kepada Getaran.
Pelantun lagu Bicara Rasa itu percaya, namanya akan kembali bersinar apabila dia sekali lagi tular dengan karya hebat dan bukannya disebabkan kisah yang negatif.