CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siti Bainun Akan Dipanggil Bantu Siasatan Kes Kematian Baby Adam

29-4-2022 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3204| Komen: 32

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali akan dipanggil bagi membantu siasatan inkuiri melibatkan kematian bayi lelaki berusia 10 bulan bernama Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim atau Baby Adam pada 2020.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis telah membuka kertas inkuiri untuk menentukan sama ada wujud elemen jenayah dalam kematian Baby Adam.


Kredit foto: The Sun Daily

"Polis telah membuka kertas inkuiri untuk menentukan sama ada wujud elemen jenayah dalam kematian bayi tersebut

"Sepatutnya Siti Bainun telah dirakam keterangan beberapa hari lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana wanita terbabit sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Op Selamat di Balai Trafik Kuala Lumpur, pada Khamis.


Katanya, pihaknya kini sedang mengesan seorang individu dikenali sebagai Cikgu Fadli bagi membantu siasatan berkaitan kes bayi tersebut.

"Individu berkenaan telah mendakwa kononnya tiada proses bedah siasat dilakukan ke atas mayat bayi tersebut.

"Seharusnya individu berkenaan merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, dakwaan yang dikeluarkannya sekaligus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan awam dan membawa kepada tanggapan kononnya polis tidak melakukan siasatan yang sebaiknya dalam kematian mangsa," katanya.

Siasatan polis sebelum ini mendapati kematian  Baby Adam tiada sebarang unsur jenayah.

Pada Selasa, media melaporkan penelitian polis terhadap laporan bedah siasat ke atas Adam yang dikeluarkan pihak Hospital Kuala Lumpur yang menunjukkan sebab sebenar kematiannya disebabkan pneumonia (radang paru-paru).


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 29-4-2022 09:21 AM
Yeahhh akak gemokk akhirnya dipanggil utk siasatan baby adam, jusiceforbabyadam
Quote afie_m 29-4-2022 09:26 AM
akhirnya, harap dah dua kes ni x lah terlepas ...
Quote ifanonline 29-4-2022 09:45 AM
brape banyak kes bainun ni? the worst andartu in malaysia
Quote Normiang-Baru 29-4-2022 09:50 AM
Korek2 Ramadan...pt II

Quote ifanonline 29-4-2022 10:10 AM
bangcak replied at 29-4-2022 10:02 AM
ntah2 belakang rumah ada perkuburan mini

scary giler kalau kenal andartu camni...silap haribulan dier potong testis kita...
Quote AbukRokok 29-4-2022 10:12 AM
ini baru betul klu nak kempen justicdforadam

bukan benda dah masuk mahkamah tgh bicara ko sibuk nak justice justice lagi
Quote dani-rox 29-4-2022 10:18 AM
Pneumonia? Really??

Quote dani-rox 29-4-2022 10:19 AM
gila la ko benon. serial killer ke apa ko nihh?
Quote Nnoor2 29-4-2022 10:22 AM
Baby Adam kurus kering...siti bainon gemok x hengat...sama beso dgn gajah
Quote mamajawie 29-4-2022 10:22 AM
babi betul la benon ni..aku harap dak2 kaki buli geng langkawi tu masuk rumah bondehh bia si benon ajar subjek tatasusila kat dorang lak..hehehhe
Quote ifanonline 29-4-2022 10:25 AM
sebab tu kpd lelaki2 single di luar sana, kesihatan mental wanita2 di malaysia berada pada tahap kritikal...ramai yg mereng sebenarnya...muka lawa tetapi otak kurang sihat, apetah lagi muka mcm bainun ni...hati2 memilih teman hidup...statistik janda pun semakin bertambah...

classic dan current case sekarang ni adalah Johnny Depp dan Amber Heard...rupa-rupanya Amber wanita giler tahap psikopath
Quote jazaa100 29-4-2022 10:29 AM
Orenn1 replied at 29-4-2022 09:21 AM
Yeahhh akak gemokk akhirnya dipanggil utk siasatan baby adam, jusiceforbabyadam

Tak salahan ungkapan akk.....
Org gemok ni pangai sesuatu sgt....

Diri sendiri pun tak pandai nk urus sampai jd gemok, pastu lepaskn kemarahan pd org lain....
Quote Orenn1 29-4-2022 10:45 AM
jazaa100 replied at 29-4-2022 10:29 AM
Tak salahan ungkapan akk.....
Org gemok ni pangai sesuatu sgt....

hehe selalu pun kou kes dera2 budak2 ni mcm ramai je yg gemok2. Hipo giler bainun ni siap2 sebak2 kat whi cerita kebaikan dia suka jaga budak2
Quote Skuau 29-4-2022 10:46 AM
ajak buka puasa la....
Quote mamajawie 29-4-2022 11:10 AM
nangis aku tengok gambar baby adam tu..Ya Allah kenapa la kejam sangat ko ni benon
Quote stingerkentot 29-4-2022 02:37 PM
Bekalan jadi X-file kambosssss
Quote Artemesiaa 29-4-2022 04:58 PM
Malang bertimpa yang satu belum selesai timbul lagi satu
Quote TeropongThaico 29-4-2022 05:18 PM
Alhamdulillah  
Akhirnya....
Quote Orenn1 29-4-2022 05:54 PM
Edited by Orenn1 at 29-4-2022 07:25 PM

Dia ambik ramai2 budak2 baby segala bukan dia jaga betul2, biarkan aje lebih kurang, nmpk mcm biar tak bagi susu sampai tinggal tulang baby tu. Ada satu lagi cerita psl baby jane kat fb. urianty, pun mcm tu. Tak terjaga, tak tukar pampers lama2, ruam2 semua, mcm terbiar sampaii mommy tu ambik bwk jaga elok2. Si gemuk ni umur 28,  mcm mama blh dpt budak2 ramai dr jkm, lps tu syed azmi pulak supplybkat dia budak2 remaja pregnant, so hrpkan budak2 remaja ni jaga, nasib ada volunteers dtg2 bantu. Si gemok tu keluar sana sini konon busy dgn parti n urusan2 buat documents, betul2 terabaii budak2. Lps tu balik rmh siksa budak jahat sungguh. Buat ‘bisnes’ ni utk duit jah bukan nak jaga betul2.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.092930 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top