Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami lecur tahap dua dan tiga pada bahagian muka dan kakinya selepas menjadi mangsa buli kanak-kanak lain di kawasan perumahannya.
Kakak kepada Dominick Krankall, Kayla Deegan, berkata ketika kejadian adiknya bermain dengan kanak-kanak lain yang tinggal berhampiran di sebelum 'diumpan' ke taman dan dibuli. "Dalam beberapa saat dia kembali sambil menjerit 'ibu, mereka membakar saya'," Deegan memberitahu WNBC seperti dipetik Metro.co.uk. Kata Deegan, pembuli adiknya adalah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.
Kanak-kanak tersebut menuang petrol pada bola tenis dan menyalakannya dengan api sebelum melempar ke arah Dominick, kata Deegan. Kanak-kanak tersebut kemudian melarikan diri selepas melihat Dominick menggelupur kesakitan. Dominick kemudian dibawa ke Hospital Bridgeport di Connecticut untuk mendapatkan rawatan. Polis kini sedang menyiasat kes tersebut. Sumber: mStar |
c===8 replied at 29-4-2022 02:11 PM
di tanahair 13 ekor pembuli yg baru ditangkap polis dah dibenarkan beraya
sayawifenikmie replied at 29-4-2022 03:41 PM
....siapa?
Pembuli arwah zulhakim ke?
c===8 replied at 29-4-2022 04:25 PM
Yg kat langkawi tu kak
c===8 replied at 29-4-2022 04:25 PM
Yg kat langkawi tu kak
c===8 replied at 29-4-2022 02:11 PM
di tanahair 13 ekor pembuli yg baru ditangkap polis dah dibenarkan beraya
ADVERTISEMENT