CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Selangor Ada Chef Ammar, Kelantan Ada Syahmi Sazli" - Sanggup Beratur Untuk Air Viral

29-4-2022 08:44 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1907| Komen: 7|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Syahmi Sazli


Sepanjang Ramadan tahun ini, begitu banyak makanan dijual di bazaar yang tular dek kerana dikongsi netizen. Alhamdulillah, rezeki kepada penjual semua. 

Antara juadah berbuka puasa yang mendapat sambutan netizen adalah nasi Arab daripada Cef Ammar Ali. Setiap tahun, pasti ramai pelanggan sanggup beratur panjang demi mendapatkan nasi Arab dijualnya.

Baru-baru ini, YouTuber dan pengarah terkenal Syahmi Sazli pula menjadi tular sejak beberapa hari ini kerana air dijualnya sehingga pelanggan yang datang sanggup beratur panjang.



Menerusi video yang dikongsikan Syahmi di akaun Instagram miliknya, kelihatan pelbagai jenis air yang dijual. Salah satunya adalah air strawberi yang nampak begitu enak diminum. Hilang dahaga puasa seharian! 


Syahmi juga meluahkan rasa syukurnya apabila jualan air mendapat sambutan sehingga habis 860 tin susu. Oleh kerana ramai yang datang dari jauh untuk merasa air yang dijualnya, Syahmi berjanji akan meningkatkan pengeluaran air itu supaya semua dapat merasanya. 

Netizen juga memuji air yang dijual Syahmi kerana tidak mudah tawar atau basi, malah boleh diminum sehingga ke sahur. Tidak sia-sia beratur panjang kan? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 29-4-2022 11:46 AM
Mmg melayu ni pelik kan..yang kedai herlok proper dia ckp mahal rege yahudi..tp yang jual tgh panas tepi jln harga cekik darah siap ketibus dia ok plak..lol
Quote musangbodoh 29-4-2022 07:10 PM
860 tin susu
170 beg ais
30kg strawberi
23 pekerja                           

Quote Perawankota 30-4-2022 06:33 AM
Sedap ke tidak air dia ni?
Quote dewimalam78 30-4-2022 07:26 AM
Melayu ni bab buang masa beratur panjang semata untuk ‘try’ memang no 1. Jem berbelas jam balik kg pun takde menda.
Quote kuihbakar 30-4-2022 08:36 AM
ada satu kedai teh Beng sebelum nasi kerabu Su ketereh tu, padu teh Beng dia . plastik besar rm3. air2 balang area Bachok 3 bungkus besar rm5. paduuuu...
Quote renko 30-4-2022 10:29 AM
hahahahahahahaha
Quote jijilaaa 30-4-2022 11:36 AM
alah nasi chef ammar tu kan ada restoren dia. bila2 masa pun leh pergi lepas raya nanti. tak nak lah ak berbaris dari kol 11 semata2 nak dpt nasi dia.

kol 11 og beratur, kol 2 baru diaorg dtg niaga...org bulan puasa berlumba2 buat amal ibadat. tp kat malaysia terbalik ye

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.029319 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top