Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang menyuarakan pandangan mengenai tabiat segelintir pihak yang sering mengeluh mengenai pakaian yang dibeli secara atas talian kerana dikatakan tidak sama seperti apa yang ditunjukkan di dalam iklan.
Menurut Michael, kebanyakkan iklan-iklan pakaian ini hanya menunjukkan sisi cantiknya sahaja dan sebagai pembeli, kita harus bijak menilai. Pandangan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Cinta Dan Propa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik pada Selasa. Dalam pada itu, Michael turut merasakan cara terbaik untuk membeli pakaian baharu adalah dengan mencuba dan merasai sendiri agar ianya dapat memenuhi kepuasan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama dan berharap agar tabiat seperti ini dapat dihentikan. Isu melibatkan pembelian pakaian secara atas talian ini sering kali terjadi bila menjelang Hari Raya Aidilfitri. Jadi, ukur baju di badan sendiri. Jadilah pengguna yang bijak menilai. Sumber: Media Hiburan
|
adelea replied at 28-4-2022 06:37 PM
Anyway aku beli baju kurung raya kat satu butik online ni ... Tak sangka sgt fit to size dgn apa yg ...
azimodin replied at 29-4-2022 05:55 AM
Akak aku kabor yg untuk photoshot ni baju yg dorang guna bukan baju yg dijual ya, mmg tempah khas un ...
adelea: Anyway aku beli baju kurung ra ...
cmf_premierleag replied at 28-4-2022 07:04 PM
Betullah apa heshe cakap
Ms ko tgk kat iklan, sah2 la depa hire model yg body BMI pun perfect.sbb na ...
missHaidiD replied at 29-4-2022 06:16 AM
Ckp pasal baju sabela tnpa gosok buat hal lg thn ni. Mmg buduh sapa jadi ejen ds kena maki dgn cust ...
ADVERTISEMENT